PANDUAN MEMBELI KERETA BARU



Kebiasaanya ramai yang memikirkan cara-cara terbaik untuk membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah dengan adanya skim bayaran muka RM "0" yang ditawarkan dipasaran. 

Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramai yang hanya memikirkan  bayaran bulanan kereta tanpa menyedari banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung yang dimaksudkan adalah seperti kos petrol, kos penyelenggaraan, kos memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta dijauhkan). 

Kereta berjenama  menjadi idaman setiap individu. Oleh itu, ramai yang sanggup melabur besar untuk membeli kereta jenama tersebut. Jika anda sudah mampu dan stabil kedudukan kewangan adalah tidak menjadi masalah. 

Namun begitu, bagi mereka yang hanya "sikit-sikit mampu" ia akan menjadi masalah. Kenapa? Pernahkan anda berfikir tentang kos kehidupan masa kini? dengan komitment untuk membayar kereta , Sewa bilik@rumah, bil telefon, bil-bil & lain-lain, Petrol dalam sebulan, penyelenggaraan kereta, makan-minum dan keperlua-keperluan lain.  Adakah anda pernah berfikir mengenai perkara ini? Bajet atas kertas sememangnya  cukup mudah kerana anda cuma perlu sediakan pen, kertas dan kalkulator namun realitinya banyak kos-kos lain yang perlu difikirkan. Ramai kalangan pemilik kereta disenarai hitam selepas tidak mampu membayar bulanan sekaligus kereta akan ditarik oleh bank.

Disini, penulis bukanlah berniat untuk menghalang untuk anda membeli kereta yang hebat, namun memberi penerangan mengenai akibat dan panduan pembelian kereta baru.




Perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan untuk membeli kereta baru ialah seperti berikut:

1. Belilah sebuah kereta mengikut kemampuan bukan untuk bermegah dengan kereta      tersebut (kalau sudah betul-betul mampu tidak menjadi masalah).

2.Beli kereta mengikut keperluan anda. Contohnya, jika anda belum berkahwin dicadangakan untuk membeli     sebuah kereta sedan atau kompak.

3. Buat kajian mengenai kos penyelenggaran kenderaan tersebut, sama ada ia murah atau sebaliknya.

4. Perlu tahu mengenai kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta tersebut.

5. Bertanya kepada ibu bapa mengenai pandangan mereka sebelum membeli kereta.

6. Carilah sebuah kereta yang jimat penggunaan petrol.

 10 Senarai kereta dengan kos penyelenggaraan murah dan senang di Malaysia:

1.             Perodua Viva (kereta kompak)
2.             Perodua Myvi (kereta kompak)
3.             Perodua Alza (mpv kompak)
4.             Proton Saga baru (sedan kompak)
5.             Proton Persona (sedan)
6.             Proton Exora (MPV)
7.             Honda City (sedan kompak- Jepun)
8.             Toyota Vios (sedan kompak - Jepun)
9.             Nissan Almeera (sedan - Jepun)
10.          Nissan Grand Livina (mpv kompak - Jepun)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS