25 PERKARA MENGENAI ORGESME WANITA
1. Bukan semua wanita merasa orgasme apabila bersama dengan suami mereka. Bahkan ramai di antara mereka rupa – rupanya berpura – pura mengalami orgasme. Mereka melakukannya kerana perasaan sayang pada suami dan tidak mahu suami rasa kecewa tidak dapat memuaskan isteri sendiri. Jadi, suami di luar sana, dapatkan kepastian dari isteri masing – masing adakah mereka dapat merasa orgasme sebenar atau tidak? Jika ya, bagus. Jika tidak, anda perlu belajar bagaimana hendak memuaskan isteri anda. Orgasme jika di tangguh akan beri perasaan tidak enak pada wanita. Bahkan, ia boleh mengundang banyak penyakit pada wanita itu sendiri. 2. Orgasme terhebat hanya terjadi pada wanita yang bersedia melakukan seks. Bersedia itu bermaksud sedia dari segi mental dan fizikal. Jika salah satunya tidak bersedia, sangat sulit untuk seorang wanita merasai orgasme terhebat melainkan orgasme biasa sahaja. Bersedia dari segi mental bermaksud, fikiran wanita tersebut menumpukan sepenuhnya pada h...