Jumaat, November 09, 2012

BERKENAAN HUKUM MURTAD


Topik hukum murtad merupakan salah satu yang diperbincangkan oleh orang ramai. Banyak pandangan yang dikemukakan dan tidak kurang juga jumlah persoalan yang diutarakan. Saya turut menaruh minat untuk mengkaji topik ini dan seperti biasa, hasil kajian tersebut saya tuang dalam bentuk penulisan.
Saya namakan risalah ini sebagai “Sekilas” kerana jika kita menelaah kitab-kitab fiqh peninggalan para ilmuan kita, akan ditemui bahawa topik ini memiliki perbincangan yang luas seperti perbuatan yang menyebabkan murtad, syarat-syarat murtad, jumlah saksi bagi kes murtad dan status pernikahan, hubungan keluarga serta harta warisan bagi orang yang murtad. Dalam risalah ini, saya hanya akan fokus kepada empat perkara, iaitu:
A)    Definisi murtad.
B)    Kategori orang murtad dan hukumannya.
C)    Hikmah di sebalik hukum murtad.
D)    Menganalisa dan menjawab beberapa syubhat berkenaan hukum murtad.
Sebelum bermula, ingin saya gariskan beberapa perkara terlebih dahulu:
1.      Risalah ini adalah sebuah penulisan ilmiah. Sesuatu yang berdasarkan dalil dan hujah sudah pasti akan memiliki perbezaan dalam beberapa sudut berbanding sesuatu yang menjadi ikut-ikutan. Oleh itu seandainya ditemui sesuatu pandangan yang berbeza dalam penulisan ini, harap perbezaan tersebut dapat dinilai betul atau salah berdasarkan dalil dan hujah bukan emosi atau semangat.
2.      Sesuatu yang ilmiah tidak bererti sempurna. Maka  dialu-alukan apa-apa pembetulan, pembaikan dan perbandingan daripada para pembaca sekalian.
3.      Peranan risalah ini hanyalah mengupas hukum murtad dari sudut dalil-dalilnya serta penjelasan para ilmuan Islam. Ada pun pelaksanaannya di Malaysia, maka ia adalah sesuatu yang agak rumit kerana suasana rakyat Malaysia yang berbilang agama, ditambah lagi dengan realiti umat Islam Malaysia yang berpecah kepada sekian-sekian jamaah dan parti. Maka risalah ini hanyalah bersifat teori manakala praktikalnya di serah kepada para agamawan dan cerdik pandai negara.[1]
4.      Sepertimana penulisan saya yang lain, sejauh yang boleh saya akan menggunakan sumber rujukan dalam bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris, sama ada ia adalah hasil asli atau hasil terjemahan. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pembaca sekalian melanjutkan kajian mereka dalam topik ini kepada sumber-sumber tersebut.

A:        Definisi Murtad.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.[2]
Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.[3]

B:        Kategori Orang Murtad Dan Hukumannya.
Orang yang murtad beserta hukumannya terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
  2. Orang yang murtad dan menzahirkannya.
  3. Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya.
Penjelasannya adalah seperti berikut:
Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.
Orang murtad dari kategori pertama inilah yang disinggung oleh sekian banyak ayat al-Qur’an, salah satu daripadanya:
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menjelaskan:
Islam tidak menjatuhkan hukuman bunuh atas orang yang murtad yang tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar murtad sepertinya. Islam membiarkannya agar menerima balasannya di akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Allah berfirman……(lalu beliau mengemukakan ayat 217 surah al-Baqarah di atas).[4]
Sebelum itu dalam risalah Berkenalan Dengan Ciri-Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah Dalam Pelaksanaan Hukum Jenayah, telah saya jelaskan bahawa hukuman hudud hanya dijatuhkan apabila jenayah tersebut dilakukan secara terbuka, yakni dizahirkan kepada khalayak ramai. Ada pun jika jenayah tersebut dilakukan secara tertutup, maka hukuman di dunia tidak dijatuhkan. Ini kerana antara tujuan hukuman hudud dijatuhkan adalah untuk menghindar sesuatu jenayah yang dilakukan secara terbuka di khalayak ramai daripada menjadi ikutan dan fitnah kepada masyarakat. Dalam hal ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.[5]

Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.
Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.[6]
Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:[7]
  1. Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
  2. Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
  3. Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
  4. Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
  5. Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:[8]
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’alaKemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman.[9] Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.

Kategori Ketiga: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya Serta Menyerang Islam Dengannya.
Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Pengecualian adalah jika mereka bertaubat sebelum ditangkap, maka taubat mereka diterima.
Berkenaan orang murtad kategori ketiga ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ.
Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya aku adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:
  1. Membunuh,
  2. Penzina yang sudah bernikah dan
  3. Orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam).[10]
Yang dimaksudkan sebagai: “…orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaah (umat Islam)” adalah orang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya. Ini dijelaskan oleh sebuah hadis yang lain:
لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: رَجُلٌ زَنَى بَعْدَ إِحْصَانٍ فَإِنَّهُ يُرْجَمُ وَرَجُلٌ خَرَجَ مُحَارِبًا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّهُ يُقْتَلُ أَوْ يُصْلَبُ أَوْ يُنْفَى مِنْ الأَرْضِ أَوْ يَقْتُلُ نَفْسًا فَيُقْتَلُ بِهَا.
Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:
  1. Seorang yang berzina setelah dia menjaga kehormatannya dengan perkahwinan, maka sesungguhnya dia direjam,
  2. Seorang yang keluar (dari Islam dan jamaah, lalu) memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dibuang negeri dan
  3. Seorang yang membunuh satu jiwa, maka dia dibunuh sebagai hukum timbal balik.[11]
Mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلاَفٍ أَوْ يُنفَوْا مِنْ الأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنيَا وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (33) إِلاَّ الَّذِينَ تَابُوا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (34).
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas atau dipalang atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Maidah 5:33-34]

C:        Hikmah Di Sebalik Hukum Murtad.
Sebelum dijelaskan hikmah di sebalik hukum murtad, ingin ditegaskan bahawa sifat orang-orang yang beriman adalah taat sepenuhnya kepada perintah larangan agama tanpa mengira sama ada diketahui hikmah di sebaliknya atau tidak. Kewajipan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya adalah “Kami dengar dan kami taat” kepada perintah larangan al-Qur’an dan al-Sunnah manakala mengetahui hikmah di sebaliknya hanyalah sesuatu yang harus (mubah) sifatnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ.
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [al-Nur 24:51]
Kembali kepada persoalan hikmah di sebalik hukum murtad, sejauh kajian saya, penjelasan yang dikemukakan oleh Syaikh ‘Abd al-Qadir Audah hafizhahullah adalah yang paling tepat, dimana beliau berkata:[12]
The raison d’etre of capital punishment for apostasy is Syariah is that apostasy is repugnant to the faith of Islam on which the Islamic society is founded. If this offence is taken lightly, the collective system of Islam may collapse. The severe punishment laid down for it aims at the total elimination of apostasy on the one hand and warning and preventing others from committing it.
Obviously, capital punishment serves as a more effective deterrent than any other punishment. Whatever the factors inciting commitment of the offence, capital punishment stirs up the preventive factors in human psyche and a man refrains as often as not from committing the offence.
Most of the modern law in operation ensure security of the social system by prescribing harshest punishment for those who violate and destroy the system. The first of such punishments is death penalty. In other words, modern laws lay down the same punishment for causing disorder, safeguarding the social system as does the Islamic syariah.
Menarik untuk diperhatikan perenggan terakhir di atas. Kesemua negara yang mengamalkan hukum jenayah konvesional menjatuhkan hukuman mati kepada jenayah yang paling merosakkan sistem negara dan rakyatnya. Ambil saja contoh pengedar dadah di Malaysia. Sesiapa yang didapati mengedar dadah di atas jumlah tertentu akan dijatuhkan hukuman mati. Di sini tidak timbul persoalan “Hak asasi individu untuk mengedar dadah” atau “Dadah itu kegunaan peribadi dan bukan kegunaan orang lain”. Hukuman tetap dikenakan kepada siapa saja yang mengedar dadah, sekali pun yang mengedarnya adalah warga negara asing. Kenapa sedemikian? Jawapannya, kerana dadah adalah perosak kepada sistem negara dan rakyatnya.
Semua ini tidak berbeza dengan hukum jenayah Islam. Antara tujuan utama hukuman hudud disyari‘atkan adalah untuk menghindari sebarang fitnah kepada agama Islam dan umat Islam. Hukuman hudud bersifat tegas kerana hanya dengan ketegasan tersebut manusia akan mematuhinya dan menjauhi jenayah yang dihukuminya.
Antara hukuman hudud yang dimaksudkan adalah hukuman bagi kes murtad. Orang yang menzahirkan murtadnya menimbulkan fitnah kepada Islam dan umatnya. Ia merosakkan sistem Islam yang secara keseluruhannya berperanan mengurusi hal-ehwal kehidupan manusia dalam sesebuah negara, tanpa mengira rakyat negara tersebut beragama Islam atau selainnya. Sama-sama diketahui bahawa Islam bukan sekadar agama solat dan zikir, tetapi ia adalah agama yang mengurusi kepimpinan, politik, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
Orang yang murtad namun menyembunyikannya (Kategori Pertama), dia tidak dijatuhkan hukuman hudud kerana tindakannya itu tidak diketahui ramai dan tidak sehingga ke tahap menimbulkan fitnah kepada Islam dan umatnya. Maka tidak dijatuhkan hukuman kepadanya di dunia, hukumannya diserahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala di Hari Akhirat kelak.
Apabila tidak dijatuhkan hukuman di dunia, tidaklah bererti Islam meredhai tindakan mereka untuk murtad. Hanya yang dipertimbangkan adalah, jika mereka dihalang daripada murtad, maka mereka akan tinggal dalam masyarakat Islam sebagai seorang munafik dan lambat laun akan tetap membawa fitnah kepada Islam dan umatnya. Maka mereka dibebaskan daripada Islam dengan syarat mereka tidak menzahir atau mengumumkan kemurtadan tersebut. Pada waktu yang sama, Islam tetap membuka peluang untuk mereka kembali kepada Islam satu hari kelak, sekali pun ia mungkin dalam masa 20 tahun akan datang.
Ada pun orang murtad yang duduk dalam Kategori Kedua, tindakan menzahirkan kemurtadannya adalah sesuatu yang mengancam kestabilan Islam dan umatnya. Bahkan ia secara halus adalah satu serangan terhadap Islam dan umatnya. Jika tidak ditangani, ia akan merebak dan menimbulkan fitnah yang meluas. Maka kerana itulah hukuman bunuh dijatuhkan sebagai langkah yang paling efektif untuk menghindari timbulnya fitnah tersebut.
Walaubagaimana pun Islam sebagai agama yang rahmat lagi adil tetap memberi peluang kepada mereka untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk murtad. Mereka diberi kaunseling dan peluang untuk bertaubat. Hukuman ditangguhkan selagi mana terdapat harapan bertaubat.
Jika orang yang murtad menyerang Islam dan umatnya (Kategori Ketiga), maka hukuman hendaklah dijatuhkan tanpa lengah. Ini kerana mereka bukan lagi sekadar murtad tetapi telah menjadi dari kalangan orang kafir yang memusuhi Islam dan umatnya. Serangan yang mereka lancarkan hendaklah dipatahkan dan orang yang melancarkannya segera dijatuhkan hukuman bagi menghentikan serangan dan sebagai amaran keras kepada orang lain yang bercadang untuk mengikutinya.

D: Menganalisa Dan Menjawab Beberapa Syubhat Berkenaan Hukum Murtad.

“Hak Asasi Manusia” adalah satu agama yang sedang berkembang pesat masa kini. Kepesatannya menyebabkan sebahagian umat Islam, yang sebelum ini memang menghadapi masalah sikap kekerdilan diri, terpengaruh dengannya. Mereka berpandangan Islam juga memberi perhatian kepada “Hak Asasi Manusia”, tetapi tidak tahu apa dan bagaimana. Akhirnya mereka mencairkan Islam agar ia larut ke dalam agama “Hak Asasi Manusia” buatan manusia. Akhirnya mereka juga melaungkan slogan: “Kami Muslim yang turut menjaga hak asasi manusia!”
Bersama slogan ini, mereka meletak beberapa syubhat, iaitu keraguan dan kesamaran, ke dalam syari‘at Islam. Antara yang masyhur adalah berkenaan hukuman hudud bagi kes murtad. Dalam kesempatan ini, saya akan kemukakan beberapa syubhat yang lazim mereka kemukakan, kemudian menganalisa dan menjawabnya.

Syubhat Pertama: Hukum Murtad Tidak Terdapat Dalam al-Qur’an.
Ini adalah syubhat yang paling masyhur. Ia dijawab, bahawa syari‘at Islam tidak hanya terkandung dalam al-Qur’an tetapi kedua-dua al-Qur’an dan al-Sunnah. Kita umat Islam bukan sahaja disuruh mentaati Allah tetapi juga mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Orang yang membezakan antara Allah dan Rasulullah, membezakan antara al-Qur’an dan al-Sunnah, lalu mengingkari Rasulullah dan al-Sunnah, maka mereka bakal ditimpa fitnah yang besar atau diazab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:
فَلْيَحْذَرْ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ.
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24:63]
Bahkan orang yang enggan menerima keputusan hukum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamdengan penuh kerelaan dan ketenangan, mungkin sahaja ia adalah tanda kecacatan iman dalam diri mereka:
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا.
Maka demi Tuhanmu! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [al-Nisa 4:65]
Oleh itu hendaklah berhati-hati agar jangan membezakan sama ada sesuatu perintah larangan atau hukum, sama ada berkenaan hukuman murtad atau selainnya, terkandung dalam al-Qur’an atau al-Sunnah.

Syubhat Kedua: Dalil Hukum Murtad Adalah Sebuah Hadis Ahad.
Sebelum ini terdapat satu pendapat yang berkata konon Hadis Ahad tidak dapat dijadikan dalil dalam persoalan aqidah kini muncul pula pendapat yang berkata Hadis Ahad juga tidak dapat dijadikan dalil dalam persoalan hukum hudud.[13]
Semua ini hanya alasan untuk menjatuhkan hadis daripada syari‘at Islam. Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Hadis Ahad menjadi dalil dalam semua persoalan agama. Ada pun perbincangan sebahagian ahli usul zaman terkemudian berkenaan peranan Hadis Ahad, sama ada ia dapat dijadikan dalil atau tidak, maka perbincangan mereka hanya ditujukan kepada Hadis Ahad yang berdiri dengan sendirinya. Sebaliknya jika Hadis Ahad tersebut memiliki pembuktian (qarinah) atau sudah terkenal dan menjadi amalan orang ramai, maka ia adalah dalil yang pasti tanpa sebarang perbincangan lagi. Imam al-Syaukani rahimahullah (1250H) menjelaskan:[14]
Ketahuilah bahawa perbezaan pendapat yang kami sebut pada awal perbahasan ini berkenaan Hadis Ahad sama ada menghasilkan ilmu yang berupa sangkaan atau kepastian, ia hanyalah berlaku apabila Hadis Ahad tersebut tidak disertai dengan pembuktian yang menguatkannya. Adapun jika ia disertai dengan pembuktian yang menguatkannya atau ia sudah masyhur atau dikenali secara terperinci, maka perbezaan tersebut tidak berlaku.
Merujuk kepada hadis-hadis berkenaan hukum murtad, ia adalah hadis yang masyhur sepanjang sejarah Islam dan para ilmuan Islam telah bersepakat untuk menjadikan dalil berdasarkannya. Berkata Syaikh Wahbah al-Zuhaili hafizhahullah ketika mengupas hukum bagi orang murtad:[15]
Ulama’ bersepakat tentang wajibnya hukuman bunuh ke atas orang murtad berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamSesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.

Syubhat Ketiga: Hadis Hukum Murtad Memiliki Kelemahan.
Ada juga yang berpendapat, selain hadis hukum murtad adalah sebuah Hadis Ahad, ia juga memiliki kelemahan dalam sanadnya. Seorang penulis bernama Nawab Azam Yar Jang dalam bukunya Proposed Political, Legal and Social Reforms Under Muslim Rule, ms. 86[16] meragui kesahihan hadis “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia” dengan berkata:
……there is a gap between Ikramah and Ibn Abbas and again between the latter and the Prophet, in the chain of narrators. (Rangkaian perawinya terputus antara Ikramah dan Ibn Abbas, juga antara Ibn Abbas dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam)
Ini adalah satu penilaian yang agak aneh kerana sanad yang terdiri dari rangkaian perawi Ikrimah, daripada Ibn Abbas, daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah amat masyhur lagi jelas kesambungannya. Ikrimah adalah budak kerja Ibn Abbas manakala Ibn Abbas adalah anak saudara Rasulullah. Masing-masing saling bertemu, pernah hidup bersama dan meriwayatkan hadis dengan jumlah yang banyak.

Syubhat Keempat: Hukum Murtad Bertentangan Dengan Konsep Tiada Paksaan Dalam Agama.
Ramai yang mendakwa atau bertanya, bukankah hukum murtad bertentangan dengan firman AllahSubhanahu wa Ta’ala:
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيِّ.
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). [al-Baqarah 2:256]
Dakwaan atau pertanyaan ini dijawab, bahawa hukuman murtad tidak memiliki apa-apa kaitan dengan ayat di atas. Ini kerana hukuman murtad tidak ditujukan kepada pilihan agama seseorang, tetapi ditujukan kepada sikap seseorang yang menzahirkan pilihannya untuk murtad dari agama Islam. Penzahiran itulah yang menyebabkan hukuman dijatuhkan bagi mengelak pilihannya itu daripada menimbulkan fitnah kepada Islam dan umatnya.

Syubhat Kelima: Hadis Arab Badwi Yang Menarik Bai‘ahnya.
 Dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah hadis seperti berikut:
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعَهُ عَلَى الإِسْلاَمِ فَجَاءَ مِنْ الْغَدِ مَحْمُومًا فَقَالَ: أَقِلْنِي. فَأَبَى ثَلاَثَ مِرَارٍ. فَقَالَ: الْمَدِينَةُ كَالْكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا.
Daripada Jabir (bin ‘Abdillah) radhiallahu ‘anh, seorang Arab Badwi datang kepada Nabishallallahu ‘alaihi wasallam dan membai‘ah baginda di atas Islam. Kemudian dia datang pada esok harinya dalam keadaan menderitai demam yang berat, lalu berkata: “Perkenankan untuk aku menarik bai‘ahku.” (Rasulullah) enggan mengembalikannya. Dia mengulangi permintaannya sebanyak tiga kali. Akhirnya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Madinah adalah seumpama alat peniup api seorang tukang besi, ia mengeluarkan yang tidak baik dan membiarkan yang baik”.[17]
Dalam Shahih Muslim, ianya adalah seperti berikut:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَايَعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَصَابَ الأَعْرَابِيَّ وَعْكٌ بِالْمَدِينَةِ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! أَقِلْنِي بَيْعَتِي. فَأَبَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. ثُمَّ جَاءَهُ فَقَالَ: أَقِلْنِي بَيْعَتِي. فَأَبَى. ثُمَّ جَاءَهُ فَقَالَ: أَقِلْنِي بَيْعَتِي. فَأَبَى. فَخَرَجَ الأَعْرَابِيُّ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا الْمَدِينَةُ كَالْكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا.
Daripada Jabir bin ‘Abdillah (radhiallahu ‘anh), bahawasanya seorang Arab Badwi membai‘ah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian dia menderitai demam yang berat di Madinah. Lalu dia mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Muhammad! Perkenankan aku untuk menarik bai‘ah aku.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam enggan mengembalikannya.
Kemudian dia datang lagi dan berkata: “Perkenankan aku untuk menarik bai‘ah aku.” Rasulullah tetap enggan mengembalikannya. Kemudian dia datang lagi dan berkata: “Perkenankan aku untuk menarik bai‘ah aku.” Rasulullah tetap enggan mengembalikannya. Akhirnya Arab Badwi tersebut pergi.
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Madinah adalah seumpama alat peniup api seorang tukang besi, ia mengeluarkan yang tidak baik dan membiarkan yang baik”.[18]
Orang yang meragui hukum murtad berhujah, dalam hadis di atas Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjatuhkan hukuman murtad ke atas Arab Badwi yang ingin menarik balik bai‘ahnya. Bahkan baginda membiarkan Arab Badwi tersebut pergi begitu sahaja.
Hujah ini ditolak dengan dua cara:
Pertama: Mungkin yang ingin ditarik balik oleh Arab Badwi tersebut adalah bai‘ahnya untuk memeluk Islam. Jika ini kesnya, maka perhatikan bahawa dia memeluk Islam hanya selama sehari tanpa sempat mendalami apa-apa ilmu berkenaan Islam. Justeru dia termasuk dalam kategori orang jahil dan di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah,orang yang jahil tidak dikenakan hukuman hudud atas sesuatu jenayah yang dilakukannya. Sila rujuk risalah saya Berkenalan Dengan Ciri-Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah Dalam Pelaksanaan Hukum Jenayah.
Kedua: Mungkin yang ingin ditarik balik oleh Arab Badwi tersebut adalah bai‘ahnya untuk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhijrah dan tinggal di Madinah. Namun sesampainya dia ke Madinah, dia jatuh sakit dan tidak sanggup menderitai ujian tersebut. Maka dia pergi berjumpa Rasulullah dan meminta untuk menarik bai‘ahnya berhijrah dan tinggal di Madinah. Rasulullah enggan mengembalikan bai‘ahnya sekali pun dia mengulangi permintaannya sebanyak tiga kali. Akhirnya dia tetap pergi jua.
Melihat yang sedemikian, Rasulullah menerangkan keistimewaan Madinah yang hanya menerima Muslim yang benar lagi teguh imannya dan mengeluarkan Muslim yang lemah imannya, munafik atau masih jahil.[19] Oleh itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjatuhkan hukuman murtad kerana Arab Badwi tersebut tidak murtad. Dia tidak meminta untuk meninggalkan Islam tetapi sekadar untuk meninggalkan Madinah.

Syubhat Keenam: Kisah Ahli Kitab Yang Beriman Kemudian Murtad.
Orang yang meragui hukum murtad juga berhujah dengan kisah sekumpulan Ahli Kitab yang beriman pada waktu pagi, kemudian murtad pada waktu petang. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjatuhkan hukuman murtad kepada mereka. Kisah sekumpulan Ahli Kitab tersebut terdapat dalam al-Qur’an:
وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ.
Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): “Berimanlah kamu kepada al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu pada sebelah pagi dan kufurlah pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula.” [Ali Imran 3:72]
Hujah ini dijawab bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menjatuhkan hukuman murtad kerana sekumpulan Ahli Kitab tersebut pada asalnya tidak pernah memeluk Islam. Mereka hanya melakukan tipudaya untuk mengelirukan umat Islam dengan cara berlakon sebagai seorang Muslim pada waktu pagi dan kembali kepada agama asal pada waktu petang. Jika sekali pun hendak dikategorikan perbuatan sekumpulan Ahli Kitab tersebut sebagai murtad, ia hanya murtad dari sudut bahasa, tidak dari sudut syara’.

Syubhat Ketujuh: Pendapat Imam Ibrahim al-Nakha’e dan Imam Sufyan al-Tsauri.
Imam ‘Abd al-Razzaq rahimahullah (211H) dalam kitabnya al-Musannaf, jld. 10, ms. 166, riwayat no: 18697 telah mengemukakan pendapat seorang tokoh al-Salaf al-Shalih yang bernama Imam Ibrahim al-Nakha’e rahimahullah (95H) bahawa orang yang murtad diminta untuk bertaubat selama-lamanya. Ini juga merupakan pendapat Imam Sufyan al-Tsauri rahimahullah (161H). Pendapat kedua-dua tokoh ini dijadikan hujah oleh mereka yang meragui hukum murtad, bahawa orang yang murtad hanya diminta untuk bertaubat tanpa dijatuhkan hukuman bunuh.
Pendapat kedua-dua tokoh al-Salaf al-Shalih di atas telah dianalisa oleh para tokoh terkemudian. Jika hendak difahami secara zahir, sebagaimana ulas Imam Ibn Qudamah rahimahullah (620H), ia adalah pendapat yang menyelisihi sunnah dan ijma’.[20]Melainkan yang dimaksudkan oleh kedua-dua tokoh tersebut adalah, orang yang murtad ditangguhkan hukumnya selagi mana ada harapan untuk dia bertaubat. Demikian jelas Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah (728H).[21] Jika tiada harapan untuk bertaubat, hukuman bunuh tetap dijatuhkan.

Syubhat Kelapan: Murtad Masuk Dalam Kategori Takzir Dan Bukan Hudud.
Orang yang ingin menabur kesamaran dalam hukuman murtad juga berhujah bahawa terdapat sebahagian ilmuan Islam yang meletakkan jenayah murtad dalam kategori takzir dan bukannya hudud.
Hujah ini dijawab, bahawa:
  1. Hukuman takzir tersebut hanya merujuk kepada jenayah murtad dalam Kategori Kedua.
  2. Hukuman takzir tersebut hanya dalam tempoh sementara menunggu orang murtad tersebut bertaubat dan kembali kepada Islam. Sementara menunggu dia bertaubat, hakim boleh menjatuhkan hukuman takzir seperti mewajibkan kaunseling, kuarantin, penjara dan sebagainya. Akan tetapi setelah berlalunya tempoh tertentu dan dia masih enggan bertaubat atau tiada harapan untuk bertaubat, maka hukuman bunuh (hudud) tetap dijatuhkan.
Antara tokoh yang dikatakan meletakkan jenayah murtad dalam kategori takzir ialah Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Ini kerana dalam tulisannya Siyasah al-Syar‘iyyah fi Islah al-Ra‘iy wa al-Ra‘iyyah[22] beliau telah meletakkan perbincangan berkenaan jenayah murtad dalam bab Kemaksiatan-kemaksiatan yang baginya tiada hukuman tertentu dan kafarah(jld. 28, ms. 343). Sekali pun demikian, ketika menyentuh berkenaan jenayah murtad dalam bab tersebut (jld. 28, ms. 347), beliau berkata:
……orang yang murtad diminta bertaubat sehingga kembali kepada Islam. Jika bertaubat, dia diterima kembali dan jika tidak maka dibunuh.
Justeru sekali lagi ditegaskan, hukuman takzir yang dimaksudkan hanya dalam tempoh sementara menunggu orang murtad tersebut bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika dia enggan bertaubat, maka hukuman hudud tetap dilaksanakan.

2 ulasan:

  1. good info.

    salam kenal, jom follow blog saya..ada info2 yg boleh dishare..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SEBAGAI INGATAN

SEBAGAI INGATAN

KOLEKSI PERSONALITI DAN ANDA

RAHSIA HIDUNG

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

RAHSIA PERSONALITI DARI BULAN ISLAM KELAHIRAN

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

KENALI WATAK DI SEBALIK WARNA

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
Kelabu
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

Hitam
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
Coklat
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif..

Fakta sihat tentang TEH
'Air yang terlalu mendidih tidak sesuai untuk membancuh teh terutamanya Teh Hijau. Ini kerana air tersebut boleh merosakkan rasa dan khasiat sebenarnya. Membilas wajah dengan air teh mampu mengawal kehadiran jerawat pada wajah. Biarkan air teh kering sendiri pada wajah. Serbuk teh juga mampu meredakan kesakitan gigi'
RAHSIA PERSONALITI BERDASARKAN GAYA CUTI

Mari kita lihat Rahsia Personaliti berdasarkan gaya seseorang itu bercuti atau melancong. Sebelum itu, mungkin ada baiknya kalau anda pilih dulu, lokasi bercuti berikut ini, sebelum membaca sepenuhnya. Lepas anda pilih, barulah anda dapat menilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.

So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya anda diberi pilihan, ke manakah anda akan bercuti?

Pulau (Contoh, Pulau Perhentian, Langkawi, Bali ker…)
Bandar-Bandar Besar (Contoh, Tokyo, London ker…)
Taman Tema (Contoh, Genting Park, Disneyland, Wetwell Shah Alam? …)
Bandar / Kota Bersejarah (Contoh, Melaka, Istanbul ker…)
Gunung-ganang (Contoh, Gunung Tahan, Kinabalu, Everest ker…)


PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya..

BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka.. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali..

RAHSIA KAREKTOR MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya
Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Cepat marah & cepat sejuk
Suka bercakap & berdebat
Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk jika tak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relaks
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun
Kecantikan luar & dalam
Tidak pandai berbohong & berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

RAHSIA DI SEBALIK JENIS DARAH

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia di sebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar Berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

HALWA TELINGA