Catatan

25 PERKARA MENGENAI ORGESME WANITA

Imej
1. Bukan semua wanita merasa orgasme apabila bersama dengan suami mereka. Bahkan ramai di antara mereka rupa – rupanya berpura – pura mengalami orgasme. Mereka melakukannya kerana perasaan sayang pada suami dan tidak mahu suami rasa kecewa tidak dapat memuaskan isteri sendiri. Jadi, suami di luar sana, dapatkan kepastian dari isteri masing – masing adakah mereka dapat merasa orgasme sebenar atau tidak? Jika ya, bagus. Jika tidak, anda perlu belajar bagaimana hendak memuaskan isteri anda. Orgasme jika di tangguh akan beri perasaan tidak enak pada wanita. Bahkan, ia boleh mengundang banyak penyakit pada wanita itu sendiri. 2. Orgasme terhebat hanya terjadi pada wanita yang bersedia melakukan seks. Bersedia itu bermaksud sedia dari segi mental dan fizikal. Jika salah satunya tidak bersedia, sangat sulit untuk seorang wanita merasai orgasme terhebat melainkan orgasme biasa sahaja. Bersedia dari segi mental bermaksud, fikiran wanita tersebut menumpukan sepenuhnya pada h...

RAHSIA KASIH SAYANG BERDASARKAN BULAN

Imej
Januari - Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini. Februari - Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya...

PUASA SUNAT ASYURA ( Awal Muharram )

Imej
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam yaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Sejarah Asyura Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat...

BERKENAAN HUKUM MURTAD

Imej
Topik hukum murtad merupakan salah satu yang diperbincangkan oleh orang ramai. Banyak pandangan yang dikemukakan dan tidak kurang juga jumlah persoalan yang diutarakan. Saya turut menaruh minat untuk mengkaji topik ini dan seperti biasa, hasil kajian tersebut saya tuang dalam bentuk penulisan. Saya namakan risalah ini sebagai “Sekilas” kerana jika kita menelaah kitab-kitab fiqh peninggalan para ilmuan kita, akan ditemui bahawa topik ini memiliki perbincangan yang luas seperti perbuatan yang menyebabkan murtad, syarat-syarat murtad, jumlah saksi bagi kes murtad dan status pernikahan, hubungan keluarga serta harta warisan bagi orang yang murtad. Dalam risalah ini, saya hanya akan fokus kepada empat perkara, iaitu: A)      Definisi murtad. B)      Kategori orang murtad dan hukumannya. C)      Hikmah di sebalik hukum murtad. D)      Menganalisa dan menjawab beberapa syubhat berkenaan hukum murtad....