Catatan

URUTAN BAYI ERATKAN HUBUNGAN IBU DAN ANAK

Imej
Kaedah penyusuan bayi memang diakui keberkesanannya dalam meningkatkan interaksi dan ikatan yang erat di antara ibu dan bayi. Malah bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif selama enam bulan bukan sahaja mendapat nutrien yang lengkap dan kuat daya imunisasinya, tetapi turut memiliki IQ yang tinggi. Bagaimanapun, selain penyusuan ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 3 tahun, ada satu lagi kaedah yang membantu merangsang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas iaitu urutan bayi. Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15 peratus. Malah, urutan yang kerap juga ialah rahsia bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik. Ia turut membantu perkembangan otot dan orientasi yang semuanya amat penting dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan. Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail yang ditemui selepas menyampaikan teknik urutan bayi dalam bengkel Urutan Bayi "Touch...

CARA, ADAB DAN ETIKA MENEGUR ISTERI

Imej
Apa yang cuba bangkitkan ialah tentang cara, adap dan etika menegur isteri itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul? 1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus. 2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang...

MEMBANTU ANAK BERTUTUR

Imej
Walaupun telah memasuki umur dua tahun, namun anak anda masih tidak boleh bertutur dengan jelas. Perkara tersebut, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa pula sering membandingkan kebolehan anak sendiri dengan anak orang lain. Sedangkan, pada hakikatnya, kanak-kanak membesar melalui fasa yang berbeza di antara kanak-kanak seusia dengannya. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembap jika si anak lebih lambat memperoleh kemahiran bertutur, membaca, bergaul dan berdikari berbanding dengan kanak-kanak lain. Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak berasa bimbang tentang prestasi intelek anak-anak mereka walaupun si anak memang lembap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kadangkala, persekitaran dan cara ibu bapa yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak-kanak lembap dari segi pencapaian bahasa, kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti. Justeru, anda boleh mencuba beberapa tip...

TIP MEMBELI BELAH JUALAN MURAH

Imej
Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah. Baca iklan-iklan jualan murah. Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok. Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan Bandingkan harga Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan o...

AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Imej
Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu) Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat) 1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa. 16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram 1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat "Iyya kanak budu" kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum. 2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua') dan 10 Muharram (Asyura) Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah. 3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengan...

MENJAGA KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN

Imej
MASALAH penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut boleh dianggap gejala biasa yang lazimnya tidak serius. Bagaimanapun, kita semua ingin mengawal atau mencegah gejala ini daripada kerap berlaku dan berlarutan sehingga menjadi penyakit yang boleh mengancam nyawa. Hakikatnya, bukan susah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Anda hanya perlu menjaga gaya hidup dan diet pemakanan, kerana kesihatan sistem penghadaman bergantung kepada makanan yang anda makan (atau tidak makan!), gaya hidup yang diamalkan dan kegiatan fizikal yang anda lakukan. Awasi apa yang dimakan Untuk membolehkan badan anda menghadamkan makanan dengan cekap dan menyerap nutrien, anda memerlukan sistem penghadaman yang sihat. Diet tidak sihat dan tabiat makan yang tidak sihat seperti makan dengan gelojoh dan juga tidak makan pada waktu makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Sebagai contoh, pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi te...

5 LANGKAH MENJADI PASANGAN ROMANTIS

Imej
Cenderungnya lelaki yang mempunyai sikap pendiamsememangnya sukar untuk meluahkan perasaan dan kata cinta di hadapan kekasihn hatinya. Perkara ini berlaku bukan di karana diri wanita yang kurang meyakinkan melainkan keraguan dan rasa malu yang menyelimuti diri anda. Namun, bukan bererti selamanya anda taidak boleh bersikap penuh cinta, dan menjadi seorang pasangan romantis. Tetapi dengan memberi sedikit perhatian dan pesona, tanpa menunggu lama si dia akan menganggap anda sebagai lelaki paling romantis didalam hidupnya. Ingin menjadi serang pasangan yang romantis, berikut 5 langkah yang patut anda ketahui : Katakan dengan bunga Walaupun bibir anda begitu kelu menyampaikan kata cinta, namun kehadiran bunga boleh menjadi salah satu alternative yang boleh mencairkan suasana. Alangkah baiknya bila anda menyiapkan kuntuman bunga mawar merah yang indah untuknya. Letakkan di suatu tempat yang mudah terlihat dan selipkan sebuah kalimat "I Love You." di dalamnya. Walau aksi ini sela...