KULIT CANTIK DENGAN AIS BATU
1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila
anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam
gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah
anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke
wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan
ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan
ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk
mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
3. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan
mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit
cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan,
menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus
beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di
permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan
efek yang menenangkan di mata anda.
4. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan
gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi
bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga
sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan
menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan
pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais
batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua
akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
6. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit
cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih
sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais
batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia
berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk
mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam.
Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih
sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda
disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti
tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah.
Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat
supaya airnya mengering sebelum anda aplikasikan serum ataupun mekap.
Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama
serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.
Ulasan
Catat Ulasan