CARA YANG BETUL MENCUCI KERETA SENDIRI



Ramai di kalangan pengguna yang agak ‘manja’ apabila saban minggu menghantar kereta ke pusat mencuci kereta semata-mata untuk membuang kotoran pada jentera pengangkutan mereka. Sebenarnya mencuci sendiri kereta mempunyai kelebihan iaitu selain menjimatkan wang ringgit ia juga sebagai satu aktiviti yang riadah yang sihat. Tetapi kita juga perlu tahu cara-cara yang betul mencuci kereta dan apakah bahan dan alatan yang kita perlu sediakan untuk mendapatkan hasil cucian yang baik.

Kereta kita terdiri daripada bahan-bahan yang berbeza seperti besi, plastik, getah dan yang terbanyak adalah cat. Setiap bahagian memerlukan bahan pembersih khas supaya ia dapat dibersihkan secara optimum. Kesilapan kita menggunakan bahan dan alatan mungkin akan menyebabkan ia rosak atau cucian menjadi tidak sempurna. Umumnya menjaga kereta terdiri daripada tiga fasa iaitu :-


1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)

i. Cucian Luar
ii Cucian Enjin
iii Cucian Dalam
iv Cucian Tayar
v Membuang kesan tar


2. Merawat (recovering)

i Rawatan cat
ii Rawatan cermin dan wiper
iii Rawatan rim


3. Mengilat dan manjaan (spa)

i Mengilatkan cat
ii Mengilatkan cermin
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman
iv Mengilatkan bahagian kulit
v Mengilatkan rim dan tayar


Bagi kereta baru biasanya kita hanya bertumpu kepada fasa 1 dan 3 manakala bagi kereta lama ia mugkin perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.


1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)

i. Cucian Luar

a. Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.

b. Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat

c. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.

d. Gunakan bahan pencuci khas untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.

e. Gunakan span bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.

f. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.

g. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.

h. Lap menggunakan kain yang bersih dan tidak berbulu. Kain khas ini ada terdapat dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM3.00 hingga RM7.00 sehelai. Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.


ii Cucian Enjin

a. Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif dan pastikan anda mencucinya dengan berhati-hati. Bahagian elektronik seperti pendawaian, ecu, sensor dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak dimasuki air. Jangan cuci menggunakan air pada tekanan yang kuat kerana bahagian palam pencucuh yang dimasuki air akan menyebabkan kereta tersenggut-senggut atau mungkin tidak dapat dihidupkan.

b. Bagi menghilangkan minyak atau gris pada enjin, kita boleh menggunakan bahan asas seperti minyak tanah dan sabun pencuci. (satu petua menarik daripada seorang tauke cuci kereta iaitu campuran sabun dan coca-cola pada amaun yang seimbang mampu menghilangkan kotoran degil pada enjin dan mengilatkan enjin.


iii Cucian Dalam

a. Cemaran dan kotoran bahagian dalaman biasanya adalah kesan terdiri daripada kotoran tangan, tapak kasut, air dan makanan. Mencuci bahagian dalaman tidak memerlukan air yang banyak. Anda memerlukan sedikit air sabun dan bilas menggunakan air bersih. Makanan yang terbiar tidak dibersihan akan mengundang serangga seperti semut dan lipas (akibat adanya serangga itu, cicak juga mungkin menumpang sama kerana ada sumber makanannya)

b. Jangan menggunakan clorok atau agen peluntur.

c. Tinggalkan seketika dengan pintu terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna.


iv Cucian Tayar

a. Tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur, najis dan sebagainya.

b. Sabun yang digunakan untuk tayar perlu sesuai dengan rim anda. Rim yang bercat pelu menggunakan sabun yang sesuai untuk cat manakala rim kemasan logam boleh menggunakan sabun biasa.

c. Gunakan berus sabut untuk menyental kotoran degil.


v. Membuang kesan tar

a. Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti diesel tetapi ia boleh menjejaskan cat. Gunalah bahan ‘tar remover’ dan sapu tanpa tekanan sehingga bersih.


2. Merawat (recovering)

i Rawatan cat (bagi kereta lama)

a. Cat pada kereta biasanya akan mengalami masalah seperti pudar atau tercalar. Cat akan pudar kerana faktor seperti bahan kimia, terdedah kepada embun dan cahaya matahari atau dimakan usia.

b. Cat yang pudar boleh dikembalikan kilatannya dengan melakukan ‘polishing’ dan ‘waxing’. Polishing merupakan proses menggilap kembali permukaan cat yang sudah hilang lapisan ’2K’. Bagi mereka yang tidak profesional biasanya bolehlah membeli polish yang tercatat ‘untuk cat lama’.

c. Kerja polishing akan lebih pantas jika anda menggunakan mesin. Jika tidak ada mesin maka bolehlah lakukan poslihing menggunakan span lembut dengan pergerakan membulat sehingga rata (elakkan daripada menggunakan span basuh pinggan kerana partikelnya agak kasar.

d. Biarkan seketika di bawah teduhan.

e. Proses seterusnya adalah ‘waxing’ iaitu melapis selapisan lilin khas pada permukaan cat supaya kelihatan lebih berkilat di samping melindungi cat asal daripada menjadi pudar. lapisan ini boleh dilakukan dua minggu sekali dan boleh dilapis sehingga dua atau tiga lapisan.

f. Cat yang mengalami calar kecil boleh dirawat dengan menggunakan polish atau polymer sealant

ii Rawatan cermin dan wiper

a. Cermin kereta yang tidak dijaga akan menjadi kelam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan. Pembersih cermin ada banyak dijual di kedai khusus untuk membuang kotoran dan gris. Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.

b. Cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat.

c. Penggilap cermin (wiper) juga perlu dibersihkan daripada minyak supaya sapuan air lebih rata dan menghasilkan pandangan yang lebih selesa. Cecair pembersih wiper ini juga ada dijual di mana kita hanya perlu melurutkannya cecair tersebut pada bahagian getahnya menggunakan kain bersih sehingga tiada lagi kesan kotoran. Jika anda mendapati kain yang dilurut pada wiper menjadi hitam walaupun sudah banyak kali dibersihkan, ini menunjukkan getah wiper anda sudah perlu ditukar.


iii Rawatan rim



a. Rim yang menggunakan kemasan cat perlu dijaga sama seperti anda menjaga bahagian cat badan kereta anda manakala rim kemasan logam perlu dijaga menggunakan bahan pecuci khas untuk rim. Ini kerana rim kemasan logam mempunyai sifat yang sensitif terhadap bahan kimia seperti asid yang boleh menyebabkannya bertompok dan recakkan yang tidak rata.


3. Mengilat dan manjaan (spa)

i Mengilatkan cat

a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax, polymer sealant, carnauba (Copernicia prunifera). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas.

b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.

c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih)


ii Mengilatkan cermin

a. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax. Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan (windshield) menggunakan tisu kertas.


iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman.



Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda sendiri. Papan pemuka yang berkilat menjadikan kenderaan anda lebih selesa dinaiki. Kilatkan papan pemuka menggunakan pengilat ‘dashboard’ dan bukannya pengilat tayar. Pastikan bahan pengilat papan pemuka anda mempunyai bau yang menyenangkan atau tidak berbau kerana bauan pengilat yang teruk akan lebih ketara apabila penyaman udara dipasang..


iv Mengilatkan bahagian kulit



a. Bahan kulit atau separuh kulit biasanya digunakan untuk kerusi kereta anda. Bahan kulit ini walaupun harganya mahal namun ia perlu dijaga kerana bahan kulit yang tidak dijaga akan hilang lembapan, menjadi kering, keras dan merekah. Ia tidak seperti kerusi kulit di rumah kerana ia terdedah dengan suhu yang panas dan kering.

b. Kilatkan menggunakan pengilat kulit selang dua minggu sekali.


v Mengilatkan rim dan tayar


Rim kemasan logam yang kusam oleh dikilatkan kembali menggunakan pengilat rim (sport rim conditional). Penggunaan polish atau wax pada rim kemasan logam tidak akan berkesan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS