BERDEPAN DENGAN LELAKI PEMALU


Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki 
yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu 
mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. 
Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki
 tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk
 berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda 
berdepan lelaki pemalu?

1. Anda kena berani memulakan.
Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan.
Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu 
selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan 
Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang
 lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu 
berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama
 membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal.
Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin 
berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama 
ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah 
pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, 
luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil 
non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila 
Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian 
Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.

3. Malu biasanya cuma sementara.
Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan 
sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah
mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang 
sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa
 dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. 
Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan 
akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta 
seorang teman.

4. Cakap pasal topik umum.
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap 
mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan
 cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan 
harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu
 terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki 
pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, 
biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya
 membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,
mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki 
pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, 
bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik 
seterusnya – cinta!

5. Santaikan wajah, santaikan suara.
Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai
dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-
endahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-
cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan 
kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat 
ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. 
Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring 
dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak 
main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu
 jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa,
 janji dia boleh dengar suara Anda.

Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki 
sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman

Ulasan

  1. nice sharing..tp kn laki pemalu ni kekadang bile kite hint pon xphm..adui lambat lak ekkee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS