MERAWAT HATI YANG LUKA




Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.


Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.


Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.



2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.


Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.



3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.



4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.



5. Ketawa Dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...



6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.


Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.


Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?


Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.



7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.


Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.


Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Ulasan

  1. ayat copy org len punya... len kali creditlah kpd org yg anda ambil tue...

    BalasPadam
  2. bunyi macam senang,tapi bila teringat anak2 jauh.pikirkan isteri yg curang.aduh cukup tersiksa hati.memang susah nak menipu diri dan buat hati gembira.

    BalasPadam
  3. saya dah puas pelbagai cara...ingatan terlalu kuat untuk melupakannya...melupakan setiap perbuatan.tindakan malah kata2 dan janjinya buat saya benar2 terluka dan hiba...saya cuba menghabiskan masa bersujud.berdoa pada yang Esa.mengalihkan pandangan dan rasa cinta pada Si Pencipta...semakin saya cuba melawan..semakin kuat perasaan itu datang.....cukup perit dan menyakitkan....tiada lagi teman berkata2 dan bersenda...apa yang tinggal cuma kenangan dan airmata...

    BalasPadam
  4. SABARlah...insyaallah dengan sabar kita mampu atasi semua itu. Saya juga tidak terkecuali. Menghadapi saat2 perceraian yang saya sendiri tidak minta. Sudahlah begitu,suami pula menganiayai saya bersama seluruh keluarganya. Saat itu, memanglah airmata menjadi peneman setia. Namun, tiada ubat yang paling mujarab selain SABAR dan REDHO. Walau kita boleh berjumpa pelbagai kaunselor atau pelbagai ustaz untuk menenangkan jiwa,namun kita harus memperkuatkan jiwa dengan SABAR. Orang yang melihat kita tak merasa apa yang kita rasa, orang melihat boleh menilai dalam pelbagai cara, kita jua yang terpaksa mengharungi segala penderitaan. SABARlah,,,kembali kpd-Nya. Jadikan zikir sbg ubat penenang jiwa.dengarkan alunan quran walau tidak membacanya.Inyaallah hati akan terubat dan menjadi sabar. Selepas itu, BERSYUKURlah,,kerana kita adalah pilihan-Nya untuk menerima ujian yang berat ini. Senyumlah bahawa kita akan mendapat banyak pahala setelah kita dianiaya...wassalam.aisyahfarhana

    BalasPadam
  5. Slm..saya sedang melalui keadaan ini..suami curang setelah bertahun menipu saya..dengan berkahwin lain selama berbelas tahun.saya sedih yang teramat amat sangat..kini saya sedang bermain dengan perasaan sendiri..mengenang masa lampau..

    BalasPadam
  6. Asalam..memang amat sakit amat perit.. Allah sedang menguji kita sebagai hambanya.. bersyukurlah..kita dlm perhatian Allah sebenarnya..utk mengutip pahala kesabaran..percayalah setiap kejadian ada hikmahnya.. perancangan Allah adalah yg terBAIK..

    BalasPadam
  7. Memang sangat2 perit nk di telan berbulan sy berendam air mata,setiap janji, setiap kata2, setiap kenangan menjadikan sy lebih sedih.. Sy cuba bangkit selepas kecurangan suami,demi anak2 sy buta kan mata, pekak kan telinga, sy buat mcm biasa,mcm xde ape2 berlaku antara sy dan suami walau hati ni tuhan je yg tahu...lama2 sy dah biasa hidup begitu,mungkin lepas ni sy lebih kuat utk harungi hidup bersama anak2 sendiri, tanpa insan bernama suami disisi, memulakan kehidupan dari 0 semula... Insha Allah.. Doa kan sy lebih kuat... Sy juga mendoakan sesiapa yg dicurangi utk lebih kuat, kita sedang di uji Allah kerana Allah ingin mengangkat martabat kita...

    BalasPadam
  8. Suami yang curang ni akan dapat balasan Allah, sebab dia mengkhianati isteri yang byk berkorban utk dia, yg gadai nyawa utk lahirkan anak² dia..isteri dan anak ni amanah Allah jadi saya percaya Allah akan balas org yang langgar amanah Dia. Saya yakin masa tu akan tiba dan kita sbg isteri yang teraniaya ni akan diberi peluang oleh Allah untuk melihatnya. Sementara itu, butakan mata, pekakkan telinga..mmg sakit tapi sabar je la rasanya yg boleh dibuat sambil mencari ilmu baru.

    BalasPadam
  9. Sedihhhh suami curang n sy dh 3 kali semuanya sy maafkn suami n terima dia dlm hdup sy wlpn pahit ssh nk terima demi ank2 kesyngnku....nk menangis x ad air mata g,tiada kata2 dpt di ungkpkn g untk suami,,,sy terima dia kerana dia seorg suami yg baik n bertanggung jwb duit blnja sy,brg dapur n duit blnja ank2 n selalu bwk g berct sbb dia mmg suami yg terbaik wt sy,seorg yg sbr x prnh mrh dkt sy n ank2 selama 15 thn semuanyalengkp dlm perkahwinan kami cuma1 kekurangn dia yrlh curanggggg tu jr,,,perangai drp bujng ramai ppuan mmg ssh nk tingl,mintk cerai x nk lpskn katanya syg skit n sedihkn hati,,,tp sy blh terima suami sy demi ank2 yg tggu selama10 thn prkahwin kami n ingt kebaikkn dia pd sy istrinya n ank2 tu jr n bnykkn bersabar ingt kpd allh tu yg penting,sy blh terima n hati yg redho n terbuka sbb sy fikir allh uji sy n ksbrn yg tinggi sbb allh tahu hati sy kuat untk terima kecurangn suami,,,sedih mmg sedih,,,,kpd istri@wanita di luar sana yg di curangi suami bnykkn bersabar n ingt ank2 n allh pasti ad manisnya di dlm sebuah perkahwinan semoga gembira n ceria selalu...amin...

    BalasPadam
  10. Yg sedih sngt dlm hdup sy yrlh setiap kecurangn suami yrlh pd trkh perkahwinan kami pd 31/1/2006,,pd stiap 5 thn berturut2 sedihhhh...insan yg terluka ita shh alm(drp smbungn kisah di ats)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS