HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT DALAM ISLAM



Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. Ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.


Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah.

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang diproseskan di Malaysia sahaja.



Mewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun semata-mata untuk kecantikan.  Bagi kedua-dua tujuan tersebut, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:

1. Tidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ  مِنْهُم Maksudnya, “Sesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 4/44, no: 4031).
    
2. Wanita bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.
    
    3. Wanita yang sedang dalam tempoh edah kematian suami tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan ia dilarang terhadap wanita yang dalam edah kematian suami.
   4.  Warna rambut hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya, “Ubahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam”. (Diriwayatkan oleh Muslim, 3/1663, no: 2102). Dalam mazhab Syafie, mewarnakan rambut dengan hitam tidak dibenarkan untuk wanita kecuali dengan izin suami.
    
   5.  Bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah daripada bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.
    
   5.  Bahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut yang boleh menghalang air daripada mengenai anggota mandi wajib.
    
    6. Mewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi.

7. Berkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib. Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib.

 
Selain daripada inai, pada hari ini pewarna rambut sudah ada banyak. Ada yang berunsur dari unsur yang halal dan ada yang berunsur dari unsur yang haram. Cuma isunya di sini, adakah sah mandi wajib ini air wajib diratakan pada rambut atau air perlu diratakan pada kepala?

Sah mandi wajib ialah air diratakan di kepala. Buktinya ada di dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di mana jelas Baginda mengatakan bahawa bagi wanita yang bersanggul atau rambutnya berpintal, dia tidak perlu membuka sanggulnya jika hendak mandi wajib.

Jadi wanita itu tidak perlu mencukur kepalanya. Tetapi jika dia mewarnakan rambut dengan pewarna yang haram, selepas ini jangan warnakan lagi dengan pewarna tersebut.

Asal pewarna rambut ada warna hitam, ada warna oren. Warna hitam asalnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam larang. Nabi melarang khusus bagi orang yang sewajarnya pada usia tersebut telah beruban tetapi dia tidak mahu mengiktirafnya.

Melainkan kalau budak itu berumur 13 tahun tetapi rambutnya habis beruban, itu tidak kena dengan keadaannya. Adapun bagi orang yang memang sudah berusia, contohnya 30-an, 40-an, dan dia telah beruban, tidak boleh dia menghitamkan rambutnya.

Kedua, hitamkan rambut yang dibolehkan juga adalah sekiranya terlibat dalam peperangan, untuk menampakkan muda tentera-tentera Islam.
    

Itu pun dibahaskan disebabkan bapa kepada Abu Bakar, Abu Quhafah di dalam hadis yang boleh dibaca di dalam Riyadhus Salihin tentang hukum mewarnakan rambut, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menegurnya kerana dia datang dalam keadaan rambutnya berwarna putih.

Nabi lalu memerintahkan kepadanya,

غَيِّرُوا هَذَا بِشَيْءٍ وَاجْتَبُوا السَّوَادَ

Ubahlah ini dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.” (Riwayat Muslim)

Dari situ ada perselisihan. Ada yang mengatakan kalau sudah tua dan beruban tidak boleh mewarnakan rambut dengan warna hitam, hendaklah mewarnakan dengan warna oren atau coklat keoren-orenan (warna inai). Adapun warna hitam betul hanya dibolehkan bagi orang-orang muda sahaja. Itu untuk tujuan peperangan.

Walau bagaimanapun, kembali kepada soalan, orang yang mewarnakan rambut tidak perlu membotakkan kepala. Sebab asal mandi wajib itu adalah meratakan air di tubuh badan.

Begitu juga dengan menyapu kepala ketika wudhu. Yang perlu disapu adalah kepala, tetapi kenapa kita menyapu rambut adalah sebab rambut berada di atas kepala. Bukan tujuannya menyapu rambut. Kalau orang yang memang botak dan tidak ada rambut, adakah dia tidak boleh wuduk kerana tidak ada rambut?
 
Yang betul yang perlu disapu (ketika wuduk) adalah keseluruhan kepala, bukan menyapu tiga helai rambut, atau menyapu rambut sampai ke hujungnya. Kita bukan disuruh menyapu rambut tetapi kita disuruh menyapu kepala.

Begitu juga mandi wajib, kita hanya perlu meratakan air di kepala. Jika bersanggul, sanggul itu tidak perlu dibuka, cukup sekadar meratakan air di atasnya.

Wallahu a’lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS