MEMILIH UBAT GIGI YANG SESUAI

Bagaimana memilih ubat gigi?

Terdapat banyak jenis ubat gigi di pasaran sekarang. Yang mana satukah sesuai untuk anda? Adakah anda membeli ubat gigi jika ubat gigi harganya murah? Atau jika mendapat barangan percuma? Pernahkah anda melihat kandungan ubat gigi yang anda beli? Pernahkah anda tertanya-tanya adakah ubat gigi ini berkesan? Adakah anda percaya segalanya yang anda lihat di dalam iklan di tv?


Ubat gigi yang mempunyai fluoride
Sebenarnya, apa-apa jua ubat gigi yang mempunyai fluoride boleh digunakan oleh anda. Fluoride ini dapat mencegah gigi anda daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda. Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh menyebabkan fluorosis. Ini menyebabkan gigi kekal kanak-kanak ini nanti akan mengalami tompok-tompok putih atau kuning atau coklat. Jadi bagi kanak-kanak, hanya letakkan ubat gigi sebesar kacang pis dan elakkan dari ditelan.

Untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif
Mereka digalakkan menggunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif seperti Sensodyne, Colgate Sentitive dan lain-lain. Ubat gigi-ubat gigi ini mempunyai bahan aktif di dalamnya seperti Strontium chloride, potassium nitrate dan sebagainya yang bertujuan untuk menghalang gigi dari sensitif dengan:

-membuat satu lapisan yang boleh menutup lubang-lubang halus pada gigi
- mengendalakan isyarat sakit dalam gigi anda

Dengan menggunakan ubat gigi tersebut, dan juga menjaga dari memberus gigi dengan kuat dan menggunakan berus gigi lembut maka gigi sensitif dapat dikurangkan atau di hilangkan.
Bagaimana pula dengan ubat gigi pemutih? (Whitening toothpaste)
Ubat gigi pemutih tidak akan membuat gigi anda bertambah putih. Ia bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan kekotoran berwarna (stain) pada gigi yang berpunca dari rokok, atau minuman berwarna seperti kopi, teh atau milo. Gigi anda memang berwarna sedikit kekuningan disebabkan warna lapisan dalam gigi (dentin) adalah kuning. Jadi jika anda beranggapan bahawa dengan menggunakan ubat gigi pemutih akan menjadikan lapisan dalam gigi turut putih maka anggapan anda salah. Sekiranya anda tidak memberus dengan betul dan juga mengambil rokok atau minuman berwarna dalam kuantiti yang banyak dan kerap, kekotoran itu tidak akan hilang dengan menggunakan ubat gigi pemutih. Kekotoran ini hanya boleh dihilangkan dengan membuat pencucian gigi di klinik gigi dan juga dengan rawatan pemutih gigi (bleaching/tooth whitening) di klinik gigi. Anda perlu berhati-hati dengan penggunaan ubat gigi pemutih kerana kebanyakkannya mempunyai bahan lelas (abrasive) yang tinggi dan ia boleh menyebabkan lapisan enamel gigi anda terhakis dan menyebabkan gigi anda bertambah kekuningan( disebabkan lapisan dentin terdedah) dan juga sensitif.

Ubat gigi yang mempunyai antibakteria
Ada juga ubat gigi yang mempunyai antibakteria di dalam kandungan aktifnya seperti ubat gigi Colgate Total 12. Ubat gigi ini mempunyai triclosan dan juga copolymer (bahan yang membuat triclosan itu melekat pada permukaan gigi untuk beberapa jam). Triclosan ini menyebabkan menghalang pembentukan plak dari permukaan gigi jadi ia boleh menolong mencegah karies dari terjadi.

Apa-apa pun ubat gigi yang anda pilih, anda perlu pastikan yang cara pemberusan gigi anda betul. Anda juga perlu memilih ubat gigi berdasarkan masalah gigi yang anda hadapi. Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat.

Selamat memilih..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS