TIPS MEMBELI BANTAL
Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk membeli bantal:
1) Tentukan saiz sesuai
Saiz bantal mestilah bergantung kepada saiz katil. Bagi katil kembar (twin), anda mungkin akan memilih bantal standard. Bagi katil jenis queen, anda menggunakan dua bantal queen dan katil jenis king, anda akan menggunakan dua bantal king.
2) Cara tidur
Adakah anda tidur terlentang, mengiring, atau meniarap? Jika anda tidur meniarap, anda mungkin memerlukan bantal yang leper dan jika anda tidur secara mengiring atau meniarap, anda mungkin mahukan bantal yang mampu menyokong leher. Kebanyakan jenama bantal berkualiti akan memberi anda maklumat mengenai pilihan bantal yang menepati keperluan anda. Cuba beberapa bantal yang berlainan sehingga anda menemui bantal yang paling memberi keselesaan.
3) Kandungan bantal
Selain saiz, perkara penting yang harus ditentukan adalah jenis kandungan bantal yang dimahukan. Lebih tinggi kualiti isi kandungan bantal, lebih tinggi kualiti bantal berkenaan. Bantal jenis `foam' dapat memberi sokongan yang teguh kerana bentuknya tidak mudah berubah walaupun kedudukan tidur anda berubah-ubah. Bantal yang berisi bulu burung (feather) pula lebih lembut yang mana anda boleh memeluknya dengan mudah. Tentukan, sama ada anda perlukan bantal yang isinya padat ataupun jenis yang lembut.
Ulasan
Catat Ulasan