BINGKISAN TULUS DARI ADAM UNTUK HAWA......


Hawaku...Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akalku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunai sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di balik seseorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawaku...Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya mengalukan Kalamullah, agar dapat aku memandu ke syurga Al-Jannah. Sedarkan aku agar aku mengejar keredhaan Ar-Rahman, agar hidupku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan doa bacaanku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.


Hawaku...Aku suka jika kau menutup aurat dari pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh kesantunan mu. Aku lebih suka kata-kata mu penuh berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar'a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau di cipta daripada rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang di sangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.


Oleh itu, ingatlah aku Adam mu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS