Catatan

KELEBIHAN RAMADHAN

Imej
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang b...

TIP PERBANDINGAN ANTARA PEWANGI TULEN DAN PEWANGI TIRUAN

Imej
Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada pewangi yang dijual itu tulen (original) atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual pewangi di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan pewangi berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini. Jika dilihat secara kasar, pewangi tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan pewangi tulen, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang tulen. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa pewangi tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hatilah. Penghasil...

PANDUAN MEMBELI SOFA

Imej
BAGI mereka yang baru menduduki rumah, tentunya inilah masanya untuk menghias dan memenuhkan ruang kosong dalam kediaman dengan perabot pilihan mengikut cita rasa dan konsep tersendiri. Ruang tamu dan ruang rehat keluarga adalah antara kawasan yang paling penting dalam sesebuah rumah. Justeru, pemilik rumah pasti mahukan perabot yang sesuai memenuhi cita rasa dari segi warna, penampilan dan yang paling penting keselesaan. Sofa empuk dan selesa adalah antara perabot yang menjadi pilihan penghuni untuk mengisi ruang tamu dan ruang rehat di rumah. Selain daripada memasuki rumah baru, tidak salah juga untuk menggantikan sofa lama kepada yang baru. Tetapi sebelum itu, banyak perkara yang perlu diambil kira dan diteliti sebelum membeli sofa baru. Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah menentukan bajet yang sesuai untuk sofa yang bakal dibeli. Jika anda ingin menggantikan sofa setiap empat hingga enam tahun, belilah sofa yang tidak terlalu mahal. Tetapi jika mahu terus menggunakan sofa...

TIPS KECANTIKAN WAJAH

Imej
Secara umumnya wanita harus menjaga kulitnya dari berbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah seperti berikut : • Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh wajah Anda • Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari: Perlu dilakukan di malam hari – walaupun anda tidak bermakeup, kareaa wajah mudah dinodai oleh polusi. juga perlu dilakukan pada pagi hari, karana kulit Anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari. • Di malam hari, luangkan waktu untuk mengurut kulit untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran sel-sel pada kulit. urutan lembut selama dua minit boleh menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit. • Banyaklah minum air putih. Untuk kulit kering: • Berilah kesenangan setiap saat. • Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka. • Mula menggunakan produk perawatan anti-penuaan segera setelah tanda penuaan muncul. Perkara ini kerap terjadi lebih cepat u...

KHASIAT DALAM SEBIJI EPEL

Imej
EPAL mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung. SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor. Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung. Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus. Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian. Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gema...

PANDUAN MEMBELI CAT

Imej
Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini. Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil. Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu ‘tone’ yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza mengikut ‘batch’ jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor ‘batch’ yang sama. Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling. Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan. Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu. Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan wa...

DIET KECANTIKAN

Imej
Apa yang anda makan ternyata akan mempengaruhi kecantikan anda. Diet sehat dan tepat sangat penting untuk merawat kecantikan dari dalam, semak makanan yang berkhasiat untuk kecantikan kulit anda. Protein Menguatkan dan melembutkan kuku, membantu membuat keratin, senyawa yang membangun kuku. Sumber makanan yang kaya protein adalah ayam, tuna, kalkun dan bean. Air Mengeluarkan toksin dari tubuh dan menyegarkan kulit serta membuat kulit kelihatan lebih bersinar. Kekalkan meminum air putih yang mencukupi agar dapat menjaga kelembapan kulit dan kelihatan lebih kenyal. Almond Mengandungi kandungan antipenuaan. Banyak mengandung vitamin E dan sejumlah asam lemak esensial yang membantu menjaga kekenyalan kulit. Juga mengandung antioksidan selenium. Jangan makan secara berlebihan karena almond mengandung kalori yang cukup tinggi. Apel dan seledri Ternyata mampu membersihkan noda pada email gigi. Cubalah anda makan apel dan seledri setiap hari. Makan ikan berminyak Seperti salmon yang mengan...