Catatan

SENAMAN PAYUDARA

Imej
Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda. Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan. Tolak berlawanan arah dengan serentak. Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara. Urutan payudara anak dara dan masih perawan selalunya mempunyai payudara yang tegang kecil dan putingnya tidak kelihatan menonjol walau dalam keadaan ghairah sekalipun. Semakin meningkat umur semakin naik nafsu seks mereka. Adalah baik untuk meramas payudara serta melakukan urutan pada putingnya. Ia boleh mengelakkan daripada terkena kanser payudara. Kanser payudara adalah disebabkan hormon yang terkumpul pada bahagian puncak payudara kerana naluri keinginan seks yang terbantut apabila anda merasai kepuasannya. Hormon yang banyak ini akan membentuk benjolan yang akan membengkak di puting dan ianya seakan-akan ketulan kecil. Ini sungguh membahaya jika tidak di rawat. Teknik ramasan ...

MENANGANI CEMBURU

Imej
Sang pencinta mana yang tidak cemburu. Cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan, sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin mampu meragut nyawa. Cemburu menjadikan sesiapa pun terasa istimewa kerana seandainya sidia tidak cemburu, di mana letaknya diri kita di dalam hatinya. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak bosan dan tidak rimas. Bagaimanakah situasi yang menjadikan cemburu itu sesuai dan dalam keadaan manakah cemburu itu akan menakutkan pasangan? Setiap pasangan yang bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang individu dan itu cemburu yang sesuai tetapi jika ingin cemburu jika teman anda bermesra dengan rakan-rakan sekuliah atau sepejabat, itu cembu...

KENALI DIRI SEBELUM BERGELAR SUAMI ISTERI

Imej
Sebelum berkahwin semuanya indah belaka. Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama, ada sahaja yang tidak kena. Sebab itu, sebelum bergelar suami isteri, setiap pasangan perlu mengenali diri mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama. Tidak dinafikan aspek komunikasi di dalam perhubungan suami isteri amat penting. Ini kerana ianya melibatkan dua individu yang selalunya berbeza dalam kebanyakan hal. Oleh sebab itu, seseorang itu perlu selalu menganalisa sikap, nilai, kelemahan dan kekuatan diri, dan keperluannya dalam hubungan dengan pasangan. Berikut disenaraikan beberapa sikap diri yang perlu dielakkan supaya proses komunikasi suami isteri berkesan sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni. 1. Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri. Contohnya, seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan. ...

MENJAGA KESETIAAN PADA PASANGAN

Imej
Untuk menjadi pasangan yang setia dan menjamin hubungan kekal ke akhir hayat adalah perlu untuk kita menerima kekurangan dan keburukan pasangan kita dari semasa ke semasa, kerana setiap pasangan akan mengalami fasa-fasa kehidupan dimana yang muda akan tua dan banyak perkara yang mungkin menyebabkan hati mula berubah. Namun tidak kurang juga anasir-anasir luar yang mengganggu hubungan suami isteri, tetapi ia boleh dielakkan, dan panduan seperti berikut boleh digunapakai mengikut kesesuaian. 1. Tidak melayan kenangan bekas kekasih lama. 2. Menetapkan jarak yang berpatutan apabila berkenalan dengan teman baru baik di tempat kerja, di pertemuan lain seperti di seminar atau majlis sosial. Jika terbentuk persahabatan, topik peribadi dan masalah keluarga tidak dijadikan bahan perkongsian. 3. Orang lain tidak diizinkan mengambil tahu masalah rumah tangga dan dengan ini hubungan mereka tidak akan diancam oleh pihak ketiga. 4. Komunikasi dengan pasangan harus aktif. Menyelesaikan masalah dengan ...

POLIGAMI IKUT SYARAK, ADIL JAMIN BAHAGIA

Imej
Poligami, adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi. Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2) Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat me...

MEMULIAKAN TETAMU

Imej
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Pernah datang seorang lelaki kepada Nabi, lalu berkata: Sesungguhnya aku sangat lapar. Baginda pun menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada salah seorang isteri Baginda, namun isteri Baginda berkata: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air. Baginda pula lalu menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada isteri Baginda yang lain, namun isteri Baginda ini juga mengatakan hal yang sama, sehingga semua isteri Baginda juga mengatakan hal yang sama, iaitu: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air. Nabi lalu berkata kepada sahabat: Adakah daripada kamu yang mahu menjamu orang ini malam ini? Seorang daripada kalangan Ansar berkata: Saya, wahai Rasulullah. Seterusnya, orang itu pun membawa orang tadi ke rumahnya. Sesampai di rumah, dia berkata kepada isterinya: Muliakanlah tetamu Rasulullah ini. Dalam riwayat lainnya disebu...

ADAP BERCAKAP

Imej
1. Hadapkan seluruh badan ke arah orang yang sedang bercakap dengan kita 2. Jangan menjerit-jerit atau bercakap dari jarak yang jauh. Sebaiknya datanglah hampir barulah bercakap. 3. Tidak bercakap terlalu kuat dan tidak pula terlalu perlahan hingga sukar didengar. Cukuplah sekadar yang boleh didengar. 4. Jangan bergurau keterlaluan atau bersenda semasa bercakap. Bercakaplah dengan serius jika hal yang mahu disampaikan itu penting. 5. Jangan mengumpat, memfitnah, mengejek atau memperolok-olokan seseorang. 6. Bercakap dengan teratur dan perlahan. Jangan terlalu laju hingga sukar difahami. 7. Latihlah supaya selalu senyum semasa memulakan percakapan. 8. Jangan menyampuk dan memintas perbualan orang lain. Tunggulah dengan sabar. 9. Elakkan daripada bercakap tentang perkara-perkara yang sia-sia atau tidak perlu. 10. Jangan mengada-ngadakan cerita atau menokok tambah sesuatu berita. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat dari 10 huraian diatas.