Catatan

DINGIN SEKS, FAHAMI SITUASI ISTERI

Imej
Tatkala nafsu seks suami sedang membuak-buak, si isteri pula menolak dengan pelbagai alasan. sekali dua mungkin si suami boleh bersabar tapi sekiranya setiap hari permintaan untuk melayani kehendak batinnya ditolak, tidak mustahil konflik suami isteri boleh tercetus. Kedinginan melayani kehendak suami mungkin berpunca daripada penurunan ghairah seks isteri. Ramai wanita ketika ini mengalami keadaan yang sama namun jarang mahu berterus terang tentang keadaannya kepada suami. Bagi suami pula jangan terus berkecil hati bila isteri menolak keinginan. Kenal pasti dahulu puncanya sebelum membuat sebarang telahan ataupun tuduhan. Sekiranya isteri memang mengalami penurunan nafsu seks, fahamilah situasi mereka. Ada sesuatu yang tidak kena Apabila wanita percaya dia sedang berhadapan dengan masalah berhubungan penurunan nafsu seks, secara tak langsung keyakinan terhadap hubungan seksual juga akan menurun. Ia akan bermula dengan penolakan untuk mengadakan hubungan intim. Wanita yang mengalami ma...

HIKMAH SABAR MENGHADAPI UJIAN DAN MUSIBAH

Imej
Di dalam surah al-Mulk, Allah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan. Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musibah itu ada hikmah yang sangat besar. Nabi bersabda :- إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barang siapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul A...

BILA SEKS ITU MENYAKITKAN

Imej
Sungguhpun mengasyikkan namun sayangnya tidak semua wanita mampu menikmati kebahagiaan seks. Bagi sesetengah wanita aktiviti seksual bersama pasangan hanya mengundang derita lantaran rasa sakit dan pedih pada organ intim tatkala melakukan hubungan. Meskipun merasai kesakitan namun wanita malang ini lebih banyak menutup mulut daripada berterus terang dengan pasangan tentang masalah yang mereka alami. Mengapa ya keadaan ini dialami oleh wanita? Penjelasan berikut mungkin memberi jawapan pada anda yang mungkin sedang berhadapan dengan masalah yang sama. 1. Berlakunya Jangkitan Vagina Jangkitan vagina memang mengganggu hubungan intim suami isteri. Antara jangkitan yang memberi kesan pada hubungan seks ialah akibat jangkitan parasit trichomonas dan juga kulat. Jangkitan parasit trichomonas biasanya berlaku akibat melakukan hubungan seks dengan banyak pasangan atau tidak mementingkan kebersihan alat kelamin. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang dalam keadaan serius dilihat seperti buih d...

KESESUAIAN WARNA KULIT DAN WARNA PAKAIAN

Imej
Dalam majlis apa pun anda pasti ingin kelihatan menarik. namun anda jangan tersalah memadankan warna pakaian dengan warna kulit anda. Berikut adalah tips sederhana dan umum untuk kita mengetahuinya mengenai kesesuaian warna pakaian dan warna kulit. Kulit putih Sangat sesuai mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink. Meskipun warna lain juga tidak dilarang untuk dipakai. Kulit kuning langsat Lebih sesuai mengenakan Warna tropis (jingga, hijau, merah, kuning dan biru ) merupakan pilihan yang terbaik. Kulit sawo matang Jangan ragu untuk memilih warna ungu atau maroon agar kerana anda akan kelihatan lebih menarik. Kulit gelap yang eksotik sesuai jika menggunakan busana warna tanah yang lembut. Hati-hati, jangan sampai Anda melakukan perkara ini : Nekat menggunakan warna busana yang terlalu kontras dengan kulit. contohnya anda berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna pink. Penampilan anda akan kelihatan berat sebelah! Anda boleh memakai warna kontras...

PENGARUH WARNA RUMAH

Imej
Sangatlah penting memilih cat rumah anda dengan saksama. Warna dapat memberi lebih dari sekadar keindahan pada rumah anda. Sebuah warna dapat memiliki pengaruh dalam mood atau suasana hati seseorang. Warna cerah dan berkilau akan menambah semangat, sementara warna pastel akan membuat suasana tenang dan rileks. Beberapa warna dapat terlihat gelap ketika digunakan pada tembok di dalam pasaraya, namun warna yang sama juga boleh kelihatan terang di luar ruangan. Karana takut tidak sesuai dan dianggap berlebihan, kebanyakan orang menggunakan warna-warna neutral seperti putih, krem atau abu-abu untuk mengecat seluruh rumah sehingga tidak dapat menggambarkan diri penghuni. Mengingat pentingnya warna, maka bila anda merancang mengecat rumah dengan warna baru, ada baiknya anda mengenal makna yang digambarkan dari warna tertentu. Perhatikan gambar Color Wheel atau Roda Warna di samping, yang menggambarkan susunan warna. Warna yang terletak pada posisi yang langsung berlawanan pada Color Wheel ...

PANDUAN MEMBELI CAT

Imej
Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skim warna yang anda ingini. Bandingkannya dengan sampel langsir atau karpet. Lebih baik lagi jika anda uji terus ke dinding anda. Bagi tujuan itu belilah setin yang paling kecil. Cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding, jadi jika anda ragu ‘tone’ yang mana harus dibeli, pilih yang lebih pucat. Lagi satu, warna cat berbeza mengikut ‘batch’ jadi apabila membeli pastikan semua tin mempunyai nombor ‘batch’ yang sama. Terdapat dua jenis cat yang utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling. Ada pelbagai jenama cat yang boleh anda pilih. Yang penting anda tahu spesikasi cat yang anda perlukan. Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu. Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan wa...

TIPS KESIHATAN

Imej
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :- 1. Bersenam atau beriadah. 2. Mengawal makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari ...