AMALAN PENJAGAAN KUKU KAKI

Pastikan kuku kaki anda sentiasa pendek dan bersih. Kuku kaki tidak seharusnya tumbuh melebihi had hujung jari kaki anda. Bagaimanapun, jangan potong kuku kaki anda terlalu pendek atau terlalu dalam. Ini boleh mengakibatkan tumbuhnya kuku ke arah dalam jari kaki anda yakni mencengkam isi di tepi kuku itu. Sekiranya ini terjadi, ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan-merahan, keras dan memungkinkan sebarang jangkitan. Potong kuku kaki anda lurus Pastikan anda memotong kuku kaki lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki dengan pemotong kuku. Memotong kuku anda mengikut bentuk jari boleh menyebabkan kekotoran berkumpul di situ dan menyebabkan cekam ataupun mengakibatkan penumbuhan kuku baru yang mencengkam isi kaki anda. Rendam kaki anda di dalam air suam selama 10 minit untuk melembutkan kuku kaki dan ini adalah untuk memudahkan anda memotong kuku itu. Pilih Kasut Yang Sesuai Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting kerana ia bukan sah...