TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Rambut panjang terurai hanya kelihatan indah apabila keadaannya baik, maksudnya tidak kering, tidak pecah atau bercabang atau berkelemumur. Untuk menjadikan rambut selalu sihat tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata, tapi kita boleh mencegah dan memperbaiki kerosakannya. Baca beberapa tips berikut : 1. Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut. Pilihlah sikat dengan bahan asas kayu. Sikat rambut dengan lembut, rapikan dengan tangan untuk menghindari hujung-hujung rambut yang beterbangan. 2.Rambut panjang tidak cukup hanya diberi conditioner. Lakukan treatment seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut. 3. Ketika menggunaan conditioner atau bahan rawatan yang lain, cukup disapukan di batang dan hujung rambut kerana hanya bahagian itu yang paling perlu dan bukan di kulit kepala. 4. Sebelum syampu rambut, sikat rambut terlebih dulu, demikian juga ketika rambut masih dalam...