MEMILIH UBAT GIGI YANG SESUAI

Bagaimana memilih ubat gigi? Terdapat banyak jenis ubat gigi di pasaran sekarang. Yang mana satukah sesuai untuk anda? Adakah anda membeli ubat gigi jika ubat gigi harganya murah? Atau jika mendapat barangan percuma? Pernahkah anda melihat kandungan ubat gigi yang anda beli? Pernahkah anda tertanya-tanya adakah ubat gigi ini berkesan? Adakah anda percaya segalanya yang anda lihat di dalam iklan di tv? Ubat gigi yang mempunyai fluoride Sebenarnya, apa-apa jua ubat gigi yang mempunyai fluoride boleh digunakan oleh anda. Fluoride ini dapat mencegah gigi anda daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda. Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh men...