DINGIN SEKS, FAHAMI SITUASI ISTERI

Tatkala nafsu seks suami sedang membuak-buak, si isteri pula menolak dengan pelbagai alasan. sekali dua mungkin si suami boleh bersabar tapi sekiranya setiap hari permintaan untuk melayani kehendak batinnya ditolak, tidak mustahil konflik suami isteri boleh tercetus. Kedinginan melayani kehendak suami mungkin berpunca daripada penurunan ghairah seks isteri. Ramai wanita ketika ini mengalami keadaan yang sama namun jarang mahu berterus terang tentang keadaannya kepada suami. Bagi suami pula jangan terus berkecil hati bila isteri menolak keinginan. Kenal pasti dahulu puncanya sebelum membuat sebarang telahan ataupun tuduhan. Sekiranya isteri memang mengalami penurunan nafsu seks, fahamilah situasi mereka. Ada sesuatu yang tidak kena Apabila wanita percaya dia sedang berhadapan dengan masalah berhubungan penurunan nafsu seks, secara tak langsung keyakinan terhadap hubungan seksual juga akan menurun. Ia akan bermula dengan penolakan untuk mengadakan hubungan intim. Wanita yang mengalami ma...