PANDUAN MEMILIH PETI SEJUK

Peti ais atau peti sejuk merupakan satu keperluan. Memilih peti sejuk perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian.
Menggantikan peti sejuk lama, boleh menjimatkan daripada segi penggunaan elektrik. Peti sejuk model terkini lebih menjimatkan elektrik berbanding model sebelum tahun 2002. Hampir semua model peti sejuk kini lebih jimat tenaga elektrik berbanding dahulu.
Semakin besar peti sejuk, semakin mahal harganya. Bertambah fungsi disertakan, semakin naik harga peti sejuk. Model peti sejuk dua pintu atau lebih, iaitu bahagian pembeku ais pintu diasingkan sama ada atas atau bawah, adalah lebih mahal berbanding model peti ais satu pintu.
Peti ais daripada jenama yang dikenali adalah lebih mahal, tetapi jaminan dan ketahanan diketahui dan boleh dipercayai.
Jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang, peti sejuk bawah 300 liter adalah bersesuaian. Kebanyakan model dalam kategori ini adalah satu ...