PANDUAN MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN ALAT SULIT WANITA

Wanita dan bahagian peribadinya tidak boleh dipisahkan. Ia berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaan alat sulit ini penting bagi kesihatan wanita untuk jangka panjang. Kesihatan bermula dari kebersihan Bagi wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Ini kerana aktiviti seks bersama pasangan memerlukan tahap penjagaan organ seks ini lebih tinggi. Jika diabaikan kesihatan ini, mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan virus, kuman, bakteria ataupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa dihidapi adalah seperti Aids, Herpes, Hepatitis B, Gonorrhoea, jangkitan kulat, ketuat kelamin dan kutu ari-ari. Di kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna kuning dan ada kal...