TETUA DAN PIGMENTASI

Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur. Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka. Cara pertumbuhan: 1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal. 2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semas...