MENJAGA TUALA AGAR TAHAN LAMA!!
Kalau kita mahu berjimat belanja, kita harus rajin menjaga harta benda kita agar tahan lama, oleh itu tidak perlu diganti baru dengan kerap. Setiap RM10 yang kita boleh jimatkan, lama-kelamaan jadi ribuan. Ini termasuklah barang seperti tuala mandi, telekung, baju dan berbagai lagi. Ini memerlukan disiplin dan commitmen.
Antaranya, jangan sesekali membiarkan tuala bergumpal di atas katil. Memang kita cenderung untuk membiarkan tuala yang basah selepas mandi bergumpal di atas katil. Alasan kerana anak sudah menangis, perlu berkejar ke dapur atau fikiran sudah melayang ke pelbagai tugasan rumah yang lain. Tidak kurang yang terpaksa bergegas ke tempat kerja.
Pastikan kita sentiasa menyidai tuala kita selepas mandi. Tuala yang bergumpal akan bertahi lalat dengan cepat. Kita hanya perlu meletakkan dengan kemas di ampaian di luar atau di dalam rumah. Di luar rumah lebih baik lagi agar terkena sinar matahari yang boleh membunuh kuman.
Pastikan juga tuala mandi dibasuh sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lebih baik jika dapat dibasuh 3 hari sekali. Terutama kepada orang lelaki kerana tuala mereka lebih cepat bertahi lalat jika dibiarkan sehingga seminggu. Oleh itucara terbaik adalah dengan kita senaraikan `membasuh tuala' sebagai salah satu senarai tugasan mingguan di hujung minggu!
Tuala yang bersih pasti mencerminkan kebersihan pemiliknya!

Ulasan
Catat Ulasan