FAEDAH MEMBERUS GIGI


Mengapa perlu memberus gigi ?

Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.

Bagaimana memberus gigi dapat membantu?

Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu :
bersihkan sisa makanan dan plak gigi.
cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis).

Perlukah berus gigi ditukar?

Ya, berus gigi perlu ditukar:
apabila bulu berusnya mula kembang atau haus.
selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk.
selepas 3 bulan penggunaannya.

Berapa kerap gigi perlu diberus?
Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit.

Bagaimana memilih berus gigi yang baik?

Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut :
saiz yang sesuai dengan mulut.
pemegang yang selesa dan teguh.
bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat.

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi?

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang berkesan :
Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.

Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.
Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.

Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.
Adakah petua-petua yang lain?
Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi.
Jangan berkongsi berus gigi.
Gunakan ubat gigi berfluorida.
Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS