KACANG SOYA DAN KESIHATAN
Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu
daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya
masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak
5000 tahun yang lalu yang
mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di
kalanganmasyarakat Cina.
Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
I.
Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras
kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti
ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
II.
Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta
mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah
osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang,
mengatasi masalah simptom mati-haid.
III.
Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan
buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi
ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi
kulit.
IV.
Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan
kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk
mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses
penuaan dapat diperlahankan.
V.
Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya
memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam
usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri
yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat
pilihan jenama di pasaran.
Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang
soya yang terbaik di pasaran?
q Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.
q Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.
q Barangan
soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang
diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
q Pastikan
kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan
masalah gout.
q Pastikan
nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya
tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
q Pastikan
barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate
sahaja.
q Pastikan
ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
q Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.
q Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.
Kesimpulannya,
kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda
mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk
jangka panjang.
PESANAN: Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Tambahan:
Khasiat kacang soya untuk wanita.
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
Ulasan
Catat Ulasan