KENALI BEDAK ASAS ANDA
Bagi memiliki solekan yang sempurna, bedak asas merupakan salah satu bahan penting. Bedak asas berfungsi seperti kanvas untuk keseluruhan solekan anda supaya warna senang diserap ke kulit muka. Formula bedak asas yang berada di pasaran kini boleh memberikan efek yang berbeza. Namun, anda perlu bijak membuat pilihan kerana ia perlu bergantung pada jenis dan warna kulit anda. Anda buntu untuk memilih? Kenali 4 jenis bedak asas dan tips memakainya.
Bedak tabur
Bedak tabur atau lebih dikenali sebagai 'solid mineral'. Bedak tabur mempunyai mineral-mineral yang diperlukan oleh kulit dan lebih berkesan untuk mengembalikan kulit wajah yang bermasalah. Ia sesuai dipakai untuk kulit wajah jenis berminyak, berjerawat dan sensitif. Jika anda mempunyai kulit wajah yang kering, ia tidak sesuai dipakai kerana ia hanya akan menyerlahkan lagi masalah kulit anda.
Bedak tabur selalunya mempunyai span khusus. Dengan menggunakan span khusus itu, oleskan ke muka perlahan-lahan dalam gerakan lingkaran supaya wajah kelihatan sempurna.
Cecair
Bentuknya tipis dan cair memerlukan anda mengoncangkannya setiap kali sebelum dipakai. Anda mungkin tidak merasai kehadirannya pada kulit wajah anda. Bedak asas jenis ini kaya dengan pigmen yang berfungsi menutup pelbagai ketidaksempurnaan seperti liang roma terbuka.
Ia sesuai untuk kulit wajah yang berminyak. Bedak asas solekan jenis ini mempunyai polimer khusus yang mengandungi kandungan pigmennya bertahan sepanjang hari. Ia tidak sesuai digunakan untuk kulit kering kerana kebanyakan polimer tidak dapat diserap oleh kulit. Bagi wajah berjerawat, elakkan!
Seperti yang diberitahu, anda harus goncangkan terlebih dahulu. Disarankan supaya anda menggunakan jari untuk mengoles kerana haba yang keluar dari jari anda akan memudahkan lagi olesan anda.
Produk yang menjadi popular di Asia dan berfungsi sebagai semua dalam satu. BB cream mempunyai serum, pelembab, asas solekan, concealer dan pelindung sinar UV. Ia berfungsi melindungi ketidaksempurnaan wajah anda dengan sekali pakai sahaja. Jika anda seorang yang sibuk, dan tidak mempunyai masa untuk bersolek lama-lama, BB cream adalah pilihan yang sesuai. Pemakaiannya juga memberikan wajah yang ringkas. BB cream sesuai digunakan dalam apa jenis kulit sekalipun.
Teksturnya seperti cecair mudah larut akan memudahkan kerja anda. Anda boleh menggunakan jari atau span lembut berbentuk tiga segi itu. Mulakan olesan dari tengah wajah dan pastikan ia mengenai keseluruhan wajah.
Bedak asas jenis ini boleh didapati dalam dua jenis. Satu, ia berbentuk krim dan satu lagi berbentuk buih. Bedak asas jenis ini mempunyai dua kebaikan. Pertama mengekalkan penghidratan kulit, kedua menyamarkan ketidaksamaan tona kulit anda. Teksturnya yang ringan membuatkan kulit anda lebih senang bernafas, ini kerana kandungan airnya lebih tinggi dan tidak sepekat bedak asas jenis cecair. Ia juga sesuai untuk kulit normal dan kering.
bru tau..tb combination skin so shud better try yg bedak asas la kn..sbb pnh pki yg jenis liquid hurmm nampak xrata..xbest btol walaupon full covered
BalasPadam