SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.
Di
antaranya;
Rasulullah
SAW bersabda: “Di antara
kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala
dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan
solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh
dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya
siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam.
Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk
membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
b.
Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi
kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami.
Sesungguhnya Dikau
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.
Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan
yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e. Selesai
memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para
sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f.
Membaca doa solat sunat Istikharah:
f.
Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan
permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya
Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
h.
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar
diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan
dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan
berpakaian bersih.
i.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya.
Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat
sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Ulasan
Catat Ulasan