PUNCA MASALAH KUKU
Terdapat beberapa faktor yang boleh
menyebabkan kuku bermasalah dan kelihatan lesu dan tidak cantik. Kesan
perubahan pada kuku lazimnya kerana terlalu banyak makan ubat-ubat tertentu dan selain daripada itu terlalu banyak merokok. Memakai
cat kuku berlebihan dan varnis kuku dengan kerap juga menyebabkan kuku hilang
kesegarannya dan mudah rosak. Bersama-sama ini diberikan beberapa info jenis
perubahan kuku dan antara sebab-sebab terjadinya perubahan tersebut.
1.
Kuku yang kering dan rapuh
Kerana kekurangan vitamin A, kalsium dan
zat besi. Selain tu mungkin kerana terlalu kerap terendam dalam air sejuk
atau panas.
Untuk merawatnya banyak makan makanan
yang mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi. Perlu kerap mengurut kuku dan
jari-jemari tu dengan krim pelembap. Satu petua yang boleh dicuba untuk
memulihkan kembali kecantikan kuku itu ialah cuba amalkan sapu kuku dengan
minyak zaitun. Biarkan selama setengah jam sebelum membersihkannya kembali.
Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2.
Kuku yang halus dan lemah
Puncanya dari ‘gen’ atau keturunan. Tapi
boleh juga terjadi kerana penggunaan pembersih kuku yang kuat sangat kesannya.
Selain tu, kerana terlalu lama berendam dalam air.
Untuk merawatnya, banyak makan makanan
yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.
3.
Terkopek mendatar
Mungkin berpunca kerana keturunan.
Lazimnya juga terjadi kerana kekurangan vitamin B atau luka pada kulit ari atau
dasar kuku.
Untuk merawatnya, perlu mengambil
makanan mengandungi vitamin B.
4. Kuku
tanduk
Kuku yang kelihatan sangat tebal dan
keras. Bahagian tepinya pecah-pecah dan warnanya kuning atau hijau atau
kecoklatan. Punca yang biasa ialah sebab pertumbuhan kuku yang terhalang kerana
memakai kasut yang ketat atau terlalu sempit.
5. Kuku
berbintik-bintik putih
Kelainan yang tumbuh pada kuku tetapi selalunya bukanlah satu penyakit.Ia
kerana kecederaan pada dasar kuku. Warna putih pada kuku terjadi kerana
terdapat udara dalam zat tanduk kuku. Selalunya bila kuku tu terus bertumbuh,
tanda putih tu akan hilang sedikit demi sedikit.
Terima kasih... saja nak cari sebab-sebab kuku rapuh.. dulu kuku kaki saya tercabut dalam masa yang kerap.. tak tahu nape.. senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com
BalasPadam