MENGURUT AKRABKAN HUBUNGAN


Ramai tidak tahu bahawa urut-mengurut antara pasangan boleh memberi kesan terhadap hubungan mesra. Aktiviti urut bermula sejak zaman silam oleh banyak budaya. Malah urut telah menjadi satu seni dan industri pada dunia moden kini. Urut boleh memberi kelegaan pada tubuh badan dan juga memperkuatkan lagi rasa intim pasangan suami isteri.

Setelah sibuk sehari dan selesai semua kerja rumah berilah masa untuk kegiatan urut bersama pasangan. Urut itu sebenarnya adalah sentuhan dan belaian pada otot-otot atau mana-mana bahagian di tubuh badan kita. Seseorang itu akan menikmati rasa senang dan menyeronokkan tatkala badan kita diberi urutan, apatah lagi dengan urutan lembut.

Ketegangan otot kembali lega dan dalam proses itu rasa erotik akan menyusuli. Jangan segan untuk memberi tahu bahagian mana yang perlu diurut, kadar tekanan yang diperlukan dan juga lamanya tempat itu diberi urutan. Dalam keadaan normal, kedua-dua pasangan akan merasa saling seronok dan mempersiapkan diri untuk berintim.

Urut-mengurut antara pasangan sebenarnya adalah satu teknik cumbuan juga. Ia bagaikan sebuah repertuar erotika itu tersendiri. Maka ambil kaedah ini untuk bermesra dengan pasangan anda. Jika seni mengurut ini dikuasai, kedua-dua pasangan akan mengalami kenikmatan yang luar biasa.

Bagaimanapun, aktiviti urut-mengurut harus dilakukan dalam kedaan yang tidak tergesa-gesa. Kita tidak perlu menjadi sehebat para ahli mengurut. Memadai saja dengan menyentuh dan belai dengan lembut kerana teknik yang paling sederhana dan kena dengan kehendak pasangan ini sudah boleh memberi satu sensasi erotik. Sekali anda menerapkan teknik sederhana ini, pengalaman yang luar biasa selanjutnya akan anda rasakan.

Jadi setelah melalui hari-hari panjang yang melelahkan, sakit kepala, bahu pegal dan tegang, otot-otot kaki mengencang keras, urut menjadi sebuah sarana yang luar biasa untuk menyelesaikan semua itu. Ada ketikanya kita tidak sempat menanggalkan pakaian untuk menikmatinya saat tangan pasangan kita memulai urut kepala, leher, dan belakang.

Bagi pasangan suami isteri, sentuhan ini merupakan sarana untuk bisa bercengkerama dan menikmati kebersamaan. Pasangan akan menikmati getaran rasa, sensasi fisik erotik yang boleh dibagikan bersama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS