MEMBANTU ANAK BERTUTUR


Walaupun telah memasuki umur dua tahun, namun anak anda masih tidak boleh bertutur dengan jelas. Perkara tersebut, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa pula sering membandingkan kebolehan anak sendiri dengan anak orang lain. Sedangkan, pada hakikatnya, kanak-kanak membesar melalui fasa yang berbeza di antara kanak-kanak seusia dengannya.

Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembap jika si anak lebih lambat memperoleh kemahiran bertutur, membaca, bergaul dan berdikari berbanding dengan kanak-kanak lain. Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak berasa bimbang tentang prestasi intelek anak-anak mereka walaupun si anak memang lembap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Kadangkala, persekitaran dan cara ibu bapa yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak-kanak lembap dari segi pencapaian bahasa, kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti.

Justeru, anda boleh mencuba beberapa tip yang boleh membantu anak-anak bertutur dengan cepat:

- Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari dalam perut atau ketika usia mereka masih bayi lagi.

- Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan ayat lain supaya anak mendapat peluang untuk memberi tindak balas.

- Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

- Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.

- Sediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.


- Dedahkan anak-anak dengan interaksi sosial. Ini kerana dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak untuk mendengar perbualan.

- Banyakkan aktiviti seharian. Ini kerana ia dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa, antaranya mengemukakan soalan atau arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap dengannya.

- Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas, bantu mereka menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut oleh anak.

- Amalkan bercerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.

- Bagi yang beragama Islam, berikan anak anda minum air zam-zam atau air daripada bacaan surah Yasin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 TEKNIK MENGHISAP PAYUDARA ISTERI DENGAN BETUL

HUKUM HISAP ZAKAR SUAMI

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS