Catatan

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap. PEMERIKSAAN LUARAN Sila periksa pemegang pintu Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang Pastikan 'bumper' belakang tidak calar dan karat Pastikan sistem ekzos tidak berkarat Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik PEMERIKSAAN ENJIN Pastikan keadaan enjin mestilah bersih Pastikan enjin tidak diubahsuai Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut. Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk Pastikan semua 'belt' berada dalam keadaan baik PEMERIKSAAN DALAMAN Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah Pastikan semua cermin berada dalam ke...

9 TIPS RINGKAS UNTUK DIDIK ANAK

1. Sekurang² sekali sehari, beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah bukannya taku pada makhluk. 2. Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di d ... alam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka. Nie ramai org tahu, tp jarang buat. 3. Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil endah dengan apa yang diluahkan oleh mereka. Kadang² dengan cara begitu mereka mahukan lebih kasih sayang. 4. Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka. 5. Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya. Kronologi untuk anak² kita :) 6. Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia buka...

KENALI KULIT WAJAH SEBELUM MEMBELI PRODUK WAJAH

Imej
Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit Kulit normal Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering. penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut ...

9 PERKARA TENTANG RAWATAN WAJAH

Imej
9 Perkara Tentang Rawatan Wajah Meskipun ia satu rutin yang penting namun ramai antara kita yang merasakan merawat kulit satu perkara yang remeh untuk dilakukan. Sebenarnya merawat kulit tidak lah sesukar yang kita fikirkan namun mungkin kerana maklumat yang salah menyebabkan aturan dalam hal penjagaan kecantikan menjadi rumit. Berikut, beberapa mitos dan fakta yang perlu anda ketahui tentang rawatan wajah. 1. Perawatan kulit wajah perlu dilakukan selepas usia 30 tahun Perawatan kulit wajah merupakan proses membersihkan kotoran di permukaan kulit. Biarpun ia membantu dalam membersihkan wajah, rawatan ini juga turut berfungsi dalam melancarkan peredaran darah. Justeru, pemilihan produk penting agar sesuai dengan kulit wajah. Bahkan, rawatan kulit wajah ini tidak hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memasuki usia 30 tahun. Sebaliknya andai kulit anda memerlukan rawatan tersebut, tidak kira anda baru berusia awal 20-an, tidak ada salahnya jika mahu melakukan rawatan tersebut. 2. Aloe ...

PANDUAN MEMILIH KACA MATA HITAM

Imej
Tip kaca mata hitam 1. Periksa labelnya Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan. 2. Selesa apabila dipakai Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan juga hidung. 3. Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam yang disediakan khusus bagi pengguna yang aktif. 4. Elak beli jenama tiruan Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang. Peny...

TIPS MENGHADAPI TEKANAN

Imej
KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah : Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan...

PUNCA RAMBUT GUGUR

Imej
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada: Melahirkan anak Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. Penyakit tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Demam, jangkitan dan selesema yang serius Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tid...