Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

ZAKAT FITRAH

Imej
Zakat ini di fardhukan pada tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardhukan puasa. Di fardhukan ke atas setiap individu muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Firman Allah Ta’ala : قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).   (Surah Al-A’la Ayat 14) Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Syarat Wajib Zakat Fitrah a) Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hariraya. b) Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal c) Anak yang lahir sebelum matahari terbenam