Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

JENIS NAJIS DAN CARA MEMBERSIHKANNYA

Imej
JENIS-JENIS NAJIS 1.Najis Mukhaffafah Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). 2.Najis Mughallazah Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya. 3.Najis Mutawasitah Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu: • Setiap yang cecair yang memabukkan • Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing. • Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia. • Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai. CARA-CARA MENYUCI NAJIS 1.Najis Mukhaffafah Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan