Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

SOLAT SUNAT DHUHA

Imej
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:  “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”    (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang

SAKIT KEPALA, PUNCA DAN CARA RAWATAN

Imej
Sakit kepala amat mengganggu setiap aktiviti kita. Apabila dia datang tidak menentu waktunya, bayangkan ketika kita sedang berkerja tiba-tiba sahaja sakit kepala, jadi tidak karuan dibuatnya. Pil penahan sakit selalu menjadi pilihan, jika sudah kerapkali kita menelannya akhirnya tidak mujarab lagi. Setiap penyakit ada ubatnya, cuma kita terkadang terlupa mengkaji sebab apakah kita sakit kepala. Cuba kita ubah cara hidup kita, mungkin disitu ada jawapannya. Secara umum ada lima jenis sakit kepala yang dihidapi oleh manusia, yang penekanannya fokas bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan urat-saraf muka. Punca Sakit Kepala Vaskular, penyebab migrain Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Jenis paling popular dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami

PANDUAN MEMBELI KERETA BARU

Imej
Kebiasaanya ramai yang memikirkan cara-cara terbaik untuk membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah dengan adanya skim bayaran muka RM "0" yang ditawarkan dipasaran.  Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramai yang hanya memikirkan  bayaran bulanan kereta tanpa menyedari banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung yang dimaksudkan adalah seperti kos petrol, kos penyelenggaraan, kos memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta dijauhkan).  Kereta berjenama  menjadi idaman setiap individu. Oleh itu, ramai yang sanggup melabur besar untuk membeli kereta jenama tersebut. Jika anda sudah mampu dan stabil kedudukan kewangan adalah tidak menjadi masalah.  Namun begitu, bagi mereka yang hanya "sikit-sikit mampu" ia akan menjadi m