Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

AMALAN PENJAGAAN KUKU KAKI

Imej
Pastikan kuku kaki anda sentiasa pendek dan bersih. Kuku kaki tidak seharusnya tumbuh melebihi had hujung jari kaki anda. Bagaimanapun, jangan potong kuku kaki anda terlalu pendek atau terlalu dalam. Ini boleh mengakibatkan tumbuhnya kuku ke arah dalam jari kaki anda yakni mencengkam isi di tepi kuku itu. Sekiranya ini terjadi, ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan-merahan, keras dan memungkinkan sebarang jangkitan. Potong kuku kaki anda lurus  Pastikan anda memotong kuku kaki lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki dengan pemotong kuku. Memotong kuku anda mengikut bentuk jari boleh menyebabkan kekotoran berkumpul di situ dan menyebabkan cekam ataupun mengakibatkan penumbuhan kuku baru yang mencengkam isi kaki anda. Rendam kaki anda di dalam air suam selama 10 minit untuk melembutkan kuku kaki dan ini adalah untuk memudahkan anda memotong kuku itu. Pilih Kasut Yang Sesuai Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting kerana ia bukan sahaja

ERTI LELAKI DAYUS

Imej
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadith lain pula : ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد و

SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT

Imej
Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:  1. Islam Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat. 2. Merdeka Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat. 3. Milik Sempurna  Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya. 4. Cukup Nisab  Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3700 (bergantung kepada harga semasa emas).  5. Cukup Haul Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan. 6. Niat Untu

WAKTU SUBUR WANITA

Imej
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA? Ada 2 sebab utama :- 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat 2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat dan merancang keluarga. Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal. MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini. Hari 1-4 Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. S

PENYEBAB KEPUTIHAN WANITA

Imej
Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit. Antara penyebab keputihan wanita yang abnormal: Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia. jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal Jangkita bakteria vaginosis, tandanya i