Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

HARI RAYA AIDILADHA

Imej
HARI RAYA AIDIL ADHA Hari Raya Aidil adha ( bahasa Arab : عيد الأضحى 'Eid Ul- Adha ) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidil fitri yang disambut pada setiap 1 Syawal . Aidil adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil adha serta khutbah Aidil adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidil adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilak