Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

KENALI KULIT WAJAH SEBELUM MEMBELI PRODUK WAJAH

Imej
Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit Kulit normal Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup. Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering. penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut

9 PERKARA TENTANG RAWATAN WAJAH

Imej
9 Perkara Tentang Rawatan Wajah Meskipun ia satu rutin yang penting namun ramai antara kita yang merasakan merawat kulit satu perkara yang remeh untuk dilakukan. Sebenarnya merawat kulit tidak lah sesukar yang kita fikirkan namun mungkin kerana maklumat yang salah menyebabkan aturan dalam hal penjagaan kecantikan menjadi rumit. Berikut, beberapa mitos dan fakta yang perlu anda ketahui tentang rawatan wajah. 1. Perawatan kulit wajah perlu dilakukan selepas usia 30 tahun Perawatan kulit wajah merupakan proses membersihkan kotoran di permukaan kulit. Biarpun ia membantu dalam membersihkan wajah, rawatan ini juga turut berfungsi dalam melancarkan peredaran darah. Justeru, pemilihan produk penting agar sesuai dengan kulit wajah. Bahkan, rawatan kulit wajah ini tidak hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memasuki usia 30 tahun. Sebaliknya andai kulit anda memerlukan rawatan tersebut, tidak kira anda baru berusia awal 20-an, tidak ada salahnya jika mahu melakukan rawatan tersebut. 2. Aloe

PANDUAN MEMILIH KACA MATA HITAM

Imej
Tip kaca mata hitam 1. Periksa labelnya Kaca mata hitam yang baik bertanda menyerap 99 sehingga 100 peratus sinar UV, terutama UVB. Lapisan penahan sinar UV boleh didapati pada semua jenis lensa dan warna. Frekuensi cahaya yang pada keadaan tertentu membuat pemandangan menjadi kabur. Kebanyakan jenama tampil dengan rekaan dan pilihan warna kaca mata hitam yang mampu melindungi mata daripada masalah berkenaan. 2. Selesa apabila dipakai Ada kaca mata hitam yang menyebabkan rasa sakit pada sisi wajah dan juga hidung. 3. Tentukan tujuan membeli kaca mata hitam Jika untuk beriadah atau bersukan ada kaca mata hitam yang disediakan khusus bagi pengguna yang aktif. 4. Elak beli jenama tiruan Kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami barah mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen. Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang. Peny