Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

TIPS MENGHADAPI TEKANAN

Imej
KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah : Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan

PUNCA RAMBUT GUGUR

Imej
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada: Melahirkan anak Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih. Penyakit tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Demam, jangkitan dan selesema yang serius Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tid

AMALAN BAIK UNTUK PAYUDARA CANTIK DAN SIHAT

Imej
Payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap kaum wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan daya tarikan seksual. Memiliki payu dara yang cantik dan sihat adalah anugerah yang tak ternilai. Amat beruntung bagi mereka yang memilikinya. Bagi wanita yang menginginkan payudara yang cantik, bolehlah mengamalkan beberapa petua ini. Mencantikkan Payu Dara Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa. Menegangkan Payu Dara Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan m

MERAWAT WAJAH DI RUMAH

Imej
Sememangnya jarang dilakukan kerana tiada kesedaran betapa pentingnya rawatan wajah. Selain itu kekurangan maklumat juga membuatkan kita tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Melakukan rawatan wajah di rumah adalah lebih baik kerana mengunakan produk kita sendiri dan murah tanpa perlu mengeluarkan kos hanya menggunakan produk yang sedia ada dalam koleksi yang digunakan. Justeru itu disini diberikan cara untuk kita merawat wajah dirumah dan sediakan bahan yang diperlukan. Bahan: Pembersih wajah Krim untuk pengelupasan (scrub) Air hangat Mask (ikut kesesuaian jenis kulit wajah) Pelembap Caranya: 1. Bersihkan wajah Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih. 2. Pengelupasan Gunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingg

MENJAGA MATA ANDA

Imej
Dari mata turun ke hati. Kepentingan mata kepada kita terlalu penting kerana ia adalah deria utama bagi aktiviti harian kita. Kehilangan kemampuan mata boleh menimbulkan pelbagai masalah, antaranya low myopia, high myopia dan amblyopia (lazy eye). otot Cilinary yang mengawal kantat mata menegang sewaktu melihat objek-objek dekat manakala ia akan mengendur sewaktu melihat objek-objek jauh. Aktiviti-aktiviti melihat objek-objek dekat membuat otot mata ini menjadi penat dan ia boleh menyebabkan mata menjadi rabun. Usia tua turut melemahkan otot mata dan menjadikan penglihatan semakin rabun. Penjagaan awal adalah penting. Mata perlu sentiasa direhatkan selepas melakukan aktiviti yang melibatkan objek-objek dekat seperti menggunakan komputer, membaca buku dan pelbagai lagi. Sebagai contoh rehat setiap 45 minit selamat 10 minit sewaktu penggunaan komputer. Rehat dengan tidak lagi melihat komputer atau membaca apa-apa dokumen. Alihkan mata kepada pandangan jauh yang dapat mengendurkan otot ma

REGANGAN KULIT

Imej
Kesan regangan kulit adalah fenomena normal yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung. Ia terjadi kerana abdomen mengembang untuk menampung pembesaran bayi, menjadikan kulit tegang dan munculnya kesan regangan. Meskipun kulit bersifat elastik, namun ia boleh 'terpecah' apabila berat badan naik mendadak semasa mengandung. Kesan regangan kulit ini ('stretch marks') tidak menyakitkan, namun ia memberi kesan psikologi kerana kulit tidak lagi selicin dahulu. Adakalanya ia menyebabkan gatal-gatal, elakkan dari menggarunya kerana akan memburukkan lagi keadaan. Untuk memperbaiki kesan regangan ; Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ia boleh melembabkan kulit, mencegah kekeringan dan menjadikan kulit lebih elastik untuk mengawal kesan regangan Guna produk berupa losyen dan krim pelembab kerana ia juga boleh membantu melicinkan kulit. Amalkan makanan berkhasiat terutamanya yang mengandungi vitamin baik untuk kulit. Contoh-contoh seperti di bawah:- vitam

RAMBUT DAN BENTUK TUBUH

Imej
Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan apabila ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek. Berikut adalah panduan untuk menyesuaikan potongan badan dengan potongan rambut mengikut bentuk badan : Tubuh kurus Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tubuh gemuk Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar. Tubuh keci

HUKUM DAN HIKMAH MEMOTONG KUKU

Imej
Kuku yang dicipta oleh Allah swt mempunyai peranan dan kepentingannya kepada manusia. Dalam Islam, kuku berperanan dalam beberapa hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun dilihat seolah-olah perkara kecil, kadang-kadang ia menjadi perkara besar. Contohnya ketika seseorang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kuku. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wuduk atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku. Hukum dan Hikmat Memotong Kuku Memotong kuku termasuk dalam amalan sunat. Hal ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (riwayat Muslim) Memotong kuku adalah sunat bagi lelak

RAHSIA MANJAKANI

Imej
Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba. Malah kajian menunjukkan Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria adalah antara spesis yang terbaik. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctorial atau cynips gallaetinctoria. Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit. Rahsia Manjakani 1. Awet Muda Antioksida melambatkan proses penuaan sel. 2. Pencegahan Kencing Manis Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah. 3. Pencegahan barah payudara dan rahim Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim. 4. Pencegahan bau yang tidak dii

TIPS PENJAGAAN ZAKAR

Imej
Zakar merupakan organ seks yang amat bernilai bagi lelaki. oleh itu, penjagaan zakar adalah penting bagi golongan ini agar zakar terpelihara dengan baik.Berikut adalah beberapa tips untuk penjagaan zakar yang sempurna: 1. Kurangkan memakan kepak ayam kerana kepak ayam boleh melemahkan zakar 2. Jangan meminum air sejuk sebab boleh menyumbang kepada gejala terpancut awal ketika sedang melakukan hubungan seks. 3. Elakkan memakai seluar dalam ketika tidur kerana boleh menyebabkan pengaliran darah dibahagian tersebut kurang lancar. 4. Elakkan aktiviti seperti melancap kerana boleh menyebabkan mati pucuk. 5. Jangan menggunakan seluar dalam yang terlalu sempit atau longgar kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan. 6. Sentiasa membersihkan zakar menggunakan air selepas membuang air kecil. 7. Elakkan stress kerana lelaki yang sering stress akan menyebabkan zakar kurang tegang. 8. Jangan menggunakan seluar dalam berkali-kali tanpa basuh kerana boleh menyebabkan zakar berbau dan mudah dijangkiti