Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

8TIPS PENJAGAAN KESIHATAN PAYUDARA

Imej
1. Periksa payudara anda Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor. 2. Jauhi pembedahan Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri. 3. Kesihatan payudara Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi m

PANDUAN MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN ALAT SULIT WANITA

Imej
Wanita dan bahagian peribadinya tidak boleh dipisahkan. Ia berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaan alat sulit ini penting bagi kesihatan wanita untuk jangka panjang. Kesihatan bermula dari kebersihan Bagi wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Ini kerana aktiviti seks bersama pasangan memerlukan tahap penjagaan organ seks ini lebih tinggi. Jika diabaikan kesihatan ini, mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan virus, kuman, bakteria ataupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa dihidapi adalah seperti Aids, Herpes, Hepatitis B, Gonorrhoea, jangkitan kulat, ketuat kelamin dan kutu ari-ari. Di kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna kuning dan ada kalanya kehija