Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

TETUA DAN PIGMENTASI

Imej
Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur. Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka. Cara pertumbuhan: 1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal. 2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semas

PETUA AWET MUDA

Imej
Apa yang perlu adalah mengenali cara-cara penjagaan yang betul bagi memiliki wajah yang cantik dan awet muda. Berikut langkah-langkah yang perlu diberi perhatian. Lindungi kulit daripada matahari Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan. Elak merokok Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata. Pencucian dalaman Kebanyakan wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa y

MENGENAI AIR MANI

Imej
Walaupun ia seperti agak jijik untuk di perkatakan tetapi anda perlu tahu bahawa khasiat-khasiat yang terkandung dalam air mani seseorang lelaki. Air mani manusia mengandungi pelbagai vitamin, garam galian, asid lemak (fatty acids), anti-oksida dan lain-lain bahan tertentu yang hanya wujud dalam air mani sahaja. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan b

SENAMAN KEMUTAN PENTING UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN

Imej
Senaman ini dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan. Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak. Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh. Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan berlaku. Lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar rasa sembelit. Jika ada buasir, akan jadi ketara dan menyakitkan! Untuk wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang. Cara melakukan senaman ke

10 TIPS CIUMAN LEBIH EROTIK ILMU BUAT ISTERI

Imej
Biasanya, suamilah yang akan memulakan langkah awal dengan memberikan ciuman di bibir anda. Namun, bagi menyemarakkan lagi hubungan intim anda dan suami, apa kata anda mempelajari tips-tips bercium yang lebih erotik agar dapat menghairahkan suami anda. Jika dilakukan dengan betul, sudah pastinya suami akan terkejut melihat ‘kehebatan’ anda diatas ranjang. Jom ikuti tips di bawah ini: 1. Hiasi kamar tidur dahulu Sebelum melakukan mana-mana adegan bercium, langkah pertama ialah hiasi bilik tidur anda dengan wangi-wangian yang segar dan harum. Atau taburkan beberapa kelopak bunga ros di atas katil bagi membangkitkan rasa romantik ……. 2. Menghias diri Berhiaslah cantik-cantik di depan suami anda. Pakailah lingerie yang seksi dan perfume yang harum seperti vanilla dan jasmine yang akan menaikkan nafsu suami anda 3. Sentuh tubuh suami Jangan malu-malu untuk menyentuh tubuh suami anda. Gunakan jari-jemari anda yang lembut dan gebu itu untuk membelai daerah-daerah di sekitar wajah suami, membe

TIPS UNTUK TAWAN HATI SUAMI

Imej
Jom kite baca beberapa tips atau petua yang berguna untuk menawan hati suami. Senyum selalu Tidak susah untuk diamalkan. Hanya senyum . Tapi jangan pula semasa suami sedang bercakap hal serius,anda senyum memanjang pula. Tengok-tengoklah tempat dan masa yang sesuai. Sesunguhnya, seorang suami lebih suka tengok isterinya senyum daripada menunjukkan ‘muncung’ yang panjang. Sabar dengan karenah suami Adakalanya suami berasa tertekan kerana masalah di tempat kerje ataupun masalah lain. Ada kemungkinan marahnya terbawa-bawa ke rumah. Sekiranya ia terjadi, anda perlu bersabar. Jangan membebel kkhuatir perang mulut pulak yang terjadi. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat suami lupakan masalahnya. Kurangkan berleter/membebel Biasanya, isteri berleter kalau ada sebab dan ia adalah lumrah. Tak salah membebel kalau untuk kebaikan bersama. Cuma kalau boleh, kurangkan sedikit bebelan tu kerana lelaki memang alergik dengar perempuan membebel. Sesetengah suami sampaikan tak mau balik rumah sebab

6 CARA MEKARKAN CINTA JARAK JAUH

Imej
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Perumpamaan itu mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan. Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan. Tip 1: Elak Cemburu Buta Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama. Tip 2: Belajar Menerima Hakikat Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratk

7 PERKARA PANTANG SELEPAS MAKAN

Imej
Selain daripada membaca kisah-ksiah rumahtangga dan kisah cinta, apa kata kali nie kita bersantai pulak dengan membaca sedikit tips untuk menjaga kesihatan iaitu 7 perkara yang tak patut dibuat sejurus selepas makan. Ikutilah tips di bawah demi menjaga kesejahteraan tubuh badan. 1. Jangan merokok Kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi…) 2. Jangan terus makan buah-buahan Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam. 3. Jangan minum teh Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan 4. Jangan longgarkan tali

ADAP BERPUASA DAN SOLAT TERAWIH

Imej
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya 2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia 3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal 4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibad

KELEBIHAN BERSAHUR

Imej
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya. Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama la