Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

JENIS-JENIS AIR MATA

Imej
Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda; “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah s.w.t. dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.” “Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah s.w.t. lalu bercucuran air matanya.” “Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Berkata Salman Al Faarisi r.a. Aku di buat menangis atas 3 perkara jua : 1) Berpisah dengan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat-sahabat. 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka. Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu; 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. 2) Menangis kera

PEMUTIHAN GIGI

Imej
Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal. Hydrogen peroxide atau carbamide peroxide merupakan bahan aktif yang sering digunakan dalam produk pemutihan gigi. Siapa yang memerlukan Pemutihan Gigi? Pemutihan gigi sesuai bagi individu yang sihat, tiada tampalan gigi dan tiada masalah gusi. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai tanda kotoran (stain). Doktor pergigian akan memeriksa status kesihatan pergigian anda terlebih dahulu sebelum mengesyorkan rawatan ini. Proses Pemutihan dijalankan Pemutihan gigi biasanya menggunakan cara pelunturan. Mula-mula pelindung getah atau gel akan diletakkan pada gusi untuk melindungi tisu lembut mulut. Kemudian bahan pemutih disapu terus pada gigi atau menggunakan tray khas yang sesuai dengan mulut anda. Lain-lain Prosedur Untuk Mencerahkan Warna Gigi P

TEKANAN MENTAL

Imej
Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu kesihatan. Simptom Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah : PERASAN : - Merasa bimbang - Merasa cepat marah - Merasa lemah semangat - Merasa tidak tenteram dan g elisah FIKIRAN :

ADAB MENGUAP

Imej
1. Menahan menguap sekadar termampu: Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap: Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama me

ADAP MENZIARAHI JENAZAH

Imej
1. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan dari Allah S.W.T. 2. Memberi bantuan dalam urusan penyempurnaan jenazah. 3. Membaca surah-surah al-Quran. 4. Mengucapkan kata-kata yang oleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah. 5. Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah. 6. Memperlihatkan riak wajah dan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya si mati ke Rahmatullah. 7. Menunaikan solat jenazah. Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah 1. Berbual kosong di halaman rumah tanpa ada rasa insaf atau kesal. 2. Membuat perkara yang boleh menyinggung perasaan ahli keluarga jenazah seperti mengungkit sikap buruk si mati. 3, Meratapi dan meraung atas pemergian si mati. 4. Tidak menerima ketentuan Allah seperti mengungkapkan "Allah tidak adil kerana mengambil nyawa si mati terlebih dahulu. 5. Membebankan keluarga si mati dengan seperti meminta hutang dan sebagainya.

TIPS MEMILIH KAMERA DIGITAL

Imej
Adakah anda ingin membeli kamera digital? Tentu anda keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai dengan anda kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit! Di sini dikongsikan bersama beberapa tip untuk membeli kamera digital. Semoga ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai dengan anda.Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang perlu, pertimbangkan sebelum membeli kamera digital adalah: Jangka hayat bateri/sel Ini adalah faktor utama yang mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya pasti anda akan memilih model kamera yang terhebat dan ter’canggih’ yang mana akan menyumbang kepada jangka hayat pendek untuk sel. Harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring…banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan s

AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK

Imej
Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting? Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik? Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut: 1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik : • Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam. • Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas. • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. • Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi. • Jangan berkongsi berus gigi. • Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang. 2. Makan s

9 PETUA DOA DIPERKENAN DARI RASULULLAH

Imej
Berikut adalah sembilan petua daripada Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mencapai keberkatan dan darjat doa mustajab : - 1. Anas Bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak". 2. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman : “ Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Klik untuk petua seterusnya. 3. Abu Hurairah R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah S.W.T. mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “. 4. Ibnu Abbas R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu y

ADAP MAKAN

Imej
a. Hendaklah dimulakan dengan bacaan Bismillah. Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: ‘Bismilah.’ Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan ‘Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya).’” (HR. Daud Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Ibnu Majah: 3264) b. Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah . Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Barangsiapa telah selesai makan hendaknya dia berdoa: “Alhamdulillaahilladzi ath’amani hadza wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Daud, Hadits Hasan) Inilah lafadznya, الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الَّØ°ِÙŠ Ø£َØ·ْعَÙ…َÙ†ِÙŠ Ù‡َØ°َا ÙˆََرَزَÙ‚َÙ†ِيهِ Ù…ِÙ†ْ غَÙŠْرِ حوْÙ„ٍ Ù…ِÙ†ِّÙŠ Ùˆَ لاَ Ù‚ُÙˆَّØ©ٍ “Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan ini kepadaku dan yang telah memberi rizki kepad

RAHSIA BENTUK KUKU

Imej
Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kuku yang baik, rapi dan indah Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat. Bentuk kuku pendek tetapi lebar Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi. Bentuk kuku bersegi tetapi rata Bi

4 MANFAAT MENANGIS BAGI KESIHATAN

Imej
Menangis sering dianggap sebagai gambaran kelemahan saat menghadapi masalah. hakikat sebenarnya menangis memiliki manfaat positif, baik bagi kesihatan fizikal, spiritual mahupun psikologi. Jika emosi Anda sedang tidak stabil, rasa sedih dan ingin menangis biasanya muncul. Ketika saat begini terjadi, jangan tahan tangis anda, karana menangis merupakan luahan emosi yang sangat wajar dan sihat. Selain sarana untuk meluahkan emosi, menangis memiliki manfaat lain, iaitu : 1. Membersihkan mata Fungsi utama air mata adalah membuat penglihatan kita menjadi lebih jelas. Tidak hanya membasahai bola mata dan kelopak mata, tetapi juga mencegah dehidrasi membran yang ada disekitar mata. Ketika air mata mengalir, mata anda sebenarnya sedang dalam proses pembersihan. Hal itu membuat kotoran yang menempel pada mata ikut keluar melalui air mata dan mata pun menjadi bersih. 2. Membunuh bakteria Air mata mengandung lysozyme, iaitu cairan yang boleh membunuh 90 - 95 peratus bakteria dalam waktu 5 hingga

5 TIP DAN PANDUAN MEMILIH LANGSIR

Imej
Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyelahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pedinding cahaya matahari tetapi ianya juga menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman. Berikut adalah beberapa panduaan untuk anda mememilah langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda. 1 TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA Kain langsir datang dengan pebagai harga. Ada yang murah, ada mahal, bergantung kepada kain dan kualiti. Ada juga kain langsir yang berharga dibawah RM 10 semiter dan ada yang sehingga lebih RM 60 semiter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin bebelanja. Pastikan anda tidak membazir dan pastikan ia selaras kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM 50 semiter,mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM 300?. 2 .BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke kamdar untuk mencari kain langsir, peka

SUAMI ABAI MUKADIMAH SEKS

Imej
Secara klinikal, ramai dikalangan lelaki di negara ini dikesan tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Kegagalan mereka dengan mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangan bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual. Percaya atau tidak, ramai juga lelaki yang dikesan tidak mengetahui cara sebenar hubungan seksual dan hanya terikat dengan satu posisi sahaja, walaupun telah mempunyai ramai anak. Kebanyakkan mereka hanya melakukan hubungan seks mengikut cara tersendiri termasuk melalui pembacaan tanpa mengambil kira kepuasan pasangan termasuk terlalu cepat sampai kemuncak. Mengikut fakta klinikal juga, ramai yang berhadapan dengan masalah seksual terdiri daripada golongan yang aktif melakukan hubungan seks, termasuklah mereka yang mempunyai ramai anak tanpa mengira usia dan latar belakang. Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tidak buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia t

10 CARA UNTUK MENINGKATKAN JANGKA HAYAT BATERI LAPTOP ANDA

Imej
1. Lakukan defragmentation sebaiknya seminggu sekali. Defragmentation boleh mempercepatkan carian data pada Hard disk anda dan ia serba sedikit dapat mengurangkan beban tambahan pada bateri komputer riba anda. 2. Mengurangkan kecerahan(brightness) pada skrin komputer anda pada tahap paling minima. Kebanyakan model komputer riba terkini menyediakan fungsi itu pada papan kekunci. Cahaya yang rendah menggunakan voltan yang rendah. 3. Jangan menjalankan ’scan virus’ yang tidak perlu bila anda menggunakan bateri, carian virus menambah beban tambahan kepada CPU anda lantas meningkatkan penggunaan tenaga bateri. 4. Bersihkan penghubung bateri anda: ia selalu disarankan untuk membuka bateri anda sekali dalam dua atau tiga bulan dan membersihkan logam tersebut dengan kain yang dibasahi dengan alkohol. (Rujuk gambar seperti diatas) 5. Pilih ‘Hibernate’ atas ’standby’. Walaupun mod siap sedia tidak menjimatkan kuasa tetapi tempat yang dekat bila dibandingkan dengan ‘Hibernate’ mode, sehingga memi

RAHSIA TULISAN

Imej
Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tatapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja. Tulisan berubah-ubah Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat seb

15 SEBAB SUAMI TOLAK SEKS

Imej
Lelaki sentiasa berkeinginan untuk seks. Kalau boleh, setiap hari mahu melakukannya, cuma isteri saja yang tidak larat untuk memenuhi hasrat tersebut. Memang jarang sekali ada lelaki yang menolak bila ada permintaan seks daripada isteri. Ibarat perumpamaan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, begitulah reaksi suami. Tidak mustahil juga suami akan terus saja menarik tangan masuk ke kamar. Tetapi bagaimana perasaan bila suami bersikap sebaliknya? Percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga akan menolak seks mestipun ditawar dan digoda oleh pasangannya? Ketika ghairah sedang membara dan berharap respons positif darinya tiba-tiba suami menolak. Bukan saja harapan berkubur, terpaksa pula berdepan dengan perasaan malu. Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa dengan penolakan suami seperti ini. Penolakan suami dalam melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa. Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila

AQIQAH DAN HIKMAH DISEBALIK AMALAN INI

Imej
MAKSUD AQIQAH Dari segi bahasa : • Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan • Bererti “pertolongan” Dari segi syarak : • Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan • Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah Hukum Aqiqah Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut). Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. Dalil daripada hadith Nabi S.A.W. “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”. (Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi) Tujuan Aqiqah • Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah S.W.T. • Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah S.W.T. kepada kita. • Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan. • Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T. Cara melakukan Aqiqah • Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau bet