Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

KEBAIKAN MINUM AIR SUAM

Imej
Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan. Petanda Lazim Serangan Jantung Anda seharusnya mengambil tahu yang p

BILA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA

Imej
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah: 1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curig

POSISI TIDUR MENURUT ISLAM DAN SAINS

Imej
Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن... Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mer

RAHSIA ANGGOTA TUBUH LELAKI

Imej
Sebenarnya wanita juga punya tarikan kuat terhadap mana-mana bahagian tubuh lelaki! Cuma bezanya nak dikatakan disini mereka jarang nak berbicara secara terbuka. Jangan terperanjat juga, minat mereka itu berbeza dengan kaum lelaki…! . Cuba tanya kepada mana mana gadis mahupun emak-emak gadis…bahagian lelaki yang mereka sukai… Tahukah anda bahawa sebenarnya berdasarkan minat gadis, mahupun sesiapa yang bergelar wanita, dibahagian tertentu tubuh lelaki, sikap seseorang itu boleh diselidik? Rasanya masih ramai dikalangan anda yang tak tahu. Anda hanya tahu minat saja tapi tak tahu rahsia disebaliknya..Jadi..Bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya.. RAHSIA BAHAGIAN PERUT LELAKI Tak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tak kira sama ada lelaki itu berperut “RATA” dan KEMPIS” ataupun “BOROI. citarasa manusia tak sama dan bermacam-macam. Menurut seorang pakar terapi seks Dr Ava cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seoran

TIP MINYAK WANGI

Imej
• Pakai pewangi sebelum memakai pakaian. Semburkan pada kulit bukan pada pakaian. • Untuk haruman berpanjangan, pakai pelambap kulit terlebih dahulu ini adalah kerana pelembap mampu "memegang" wangian agar tahan lama. • Wangian mudah meresap hilang terutama ketika cuaca panas atau diletakkan berhampiran dengan haba. Oleh itu tempatkan wangian yang jarang digunakan dikawasan redup atau sejuk seperti peti sejuk agar ia mampu bertahan lama. • Anda tidak mungkin dapat menghidu diri sendiri sepertimana orang lain dapat menghidu anda. Maka,dapatkan pandangan orang lain tentang haruman dan bau badan anda untuk maklumat yang lebih tepat agar tidak tersalah memilih wangian. • Pilih satu wangian setiap hari. Jangan mencampurkan dua atau tiga wangian pada satu masa kerana ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

MEMIKAT HATI LELAKI

Imej
Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Disini panduan yang perlu dilakukan untuk menambat hati lelaki? Terima lelaki agar dia menerima anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertent

TIPS RAWATAN KUKU

Imej
Tips merawat kuku setiap hari dalam mengerjakan pekerjaan rumah adalah dengan melakukan kerja berganti-ganti antara pekerjaan basah dan kering. Contohnya habis mencuci pinggan, seterika baju, jangan membersihkan kamar mandi atau mencuci baju. Dengan cara begini kuku tiadak terlalu lama berada dalam keadaan lembab. Setiap hari minumlah segelas susu atau jus buah yang ditambah dengan lemak haiwan. Ia bertujuan untuk membuat kuku halus dan tidak mudah retak. Untuk melembutkan tangan, rendam kedua tangan di dalam jus jeruk yang telah dicampur madu, selama 10 minit. Keringkan tangan dengan cara saling menepukkan kedua tangan dan kemudian sapukankan cream untuk tangan. Jus lemon merupakan bahan yang sangat bagus untuk memutihkan kuku dan menghilangkan noda baik di kuku mahupun di kulit tangan. Oleskan ke seluruh tangan dan kuku, biarkan selama 15-20 minit. Bilas dengan air hangat dan keringkan dengan menepukkan kedua tangan. Oleh kerana lemon boleh membuatkan kulit kering, oleskan pelembab b

8 C PUNCA SUAMI TIDAK SUKA PADA ISTERI

Imej
1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata… 2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua…8C Buat Suami Benci Isteri 3. CELUPAR Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 4. COMOT Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini sam

HIKMAH BERWUDUK DENGAN NIAT

Imej
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”. Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”. Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”. Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan . 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini”. Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri . 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, ”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”. Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, ”Ya

MAKNA HARI-HARI DALAM ISLAM

Imej
Sahabat-sahabat nabi S.A.W. telah bertanya akan makna hari-hari yang tujuh ini, sabda baginda: Hari Jumaat Hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan. Hari Sabtu Adalah dinamakan hari tipu daya,kerana pada hari itu orang kafir Quraisy telah melakukan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah. Hari Ahad Adalah hari yang baik untuk bertanam dan melakukan pembinaan kerana pada hari itu Allah S.W.T. telah memciptakan dunia dan membangunkannya. Hari Isnin Adalah hari yang baik untuk bermusafir dan berniaga kerana pada hati itu Nabi Syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan pada hari Isnin beliau telah mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya. Hari Selasa Hari Selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itu Siti Hawa mula berhaid,dan pada hari itu juga mula-mula berlakunya pembunuhan di bumi ini iaitu antara anak Nabi Adam AS,Qabil membunuh Habil. Hari Rabu Adalah harikebinasaan yang berkekalan kerana pada hari itu Allah SWT telah menenggelamkan Firaun ber

7 PUNCA GEMUK

Imej
Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian. Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko. Menurut Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan. Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya: • Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa. • Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari in

PENJAGAAN GIGI

Imej
Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup. Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu : - bersihkan sisa makanan dan plak gigi. - cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis). Berus gigi perlu ditukar: - apabila bulu berusnya mula kembang atau haus. - selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk. - selepas 3 bulan penggunaannya. Gigi perlu diberus sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit. Cara untuk memilih berus gigi yang baik adalah dengan mempunyai ciri-ciri berikut : - saiz yang sesuai dengan mulut. - pemegang yang selesa dan teguh. - bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat. Langkah-langkah berikut dapat membantu mengamalkan teknik memberus gig

PERKARA YANG DILARANG KETIKA SOLAT

Imej
1. Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai. 2. Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka. 3. Mengangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut". 4. Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada. 5. Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk. 6. Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam

GAMBARAN NERAKA JAHANNAM

Imej
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w. “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.” Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Alla

MASALAH BADAN LETIH DAN CARA MENGATASI

Imej
Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari, dan antara sebabnya adalah : Sensitiviti Elektrik Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer. Cara mengatasinya Gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan. Diabetes tanpa Sedar Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dal

CARA BERPAKAIAN MENAMBAH KEYAKINAN DIRI

Imej
Keyakinan diri tidak timbul begitu saja. Keyakinan diri bukan kerana dari keperibadian yang menarik, namun ada perkara yang sangat penting iaitu penampilan yang menarik. Setiap orang dimuka bumi ini lelaki, perempuan, hitam, putih, kurus, gemuk dan sebagainya boleh menimbulkan keyakinan diri dan tampil menarik di hadapan khalayak umum dengan cara mengetahui cara berbusana yang sesuai. “First look, First think”, itulah kalimat yang menggambarkan pentingnya tampil menarik. Salah satu faktor penting yang membantu seseorang tampil menarik adalah bagaimana seseorang tersebut mampu memilih busana yang sesuai diwaktu yang tepat. Persoalannya adalah : Anda mengetahui bahawa busana yang anda pakai sesuai dengan postur tubuh anda? 2. Sejauhmana anda mengetahui bahawa busana yang anda pakai sesuai dengan tema acara yang Anda hadiri? Jika Anda ingin tampil berkeyakinan diri dimanapun anda berada, maka anda harus sudah bisa menjawab kedua pertanyaan diatas. Tingkatkan rasa percaya diri Anda dengan

MENCARI CALON ISTERI DAN SUAMI

Imej
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya. Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut: Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai s

RAHSIA ASAL KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

Imej
Walaupun artikel mengenai “Rahsia asal kejadian manusia mengikut al-Quran” ini sangat panjang, namun ianya amat penting untuk baca dan ambil tahu mengenainya. Peruntukkanlah sedikit masa anda untuk menelaah artikel ini. Sebagai menambahkan ilmu dan pengetahuan untuk berfikir tentang segala kejadian yang Allah tetapkan betapa Maha Hebat dan Maha Berkuasa Nya ALLAH SWT, Robbul ‘aalamin. Allah SWT menerangkan di dalam kitab suci al-Quran, Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu : PERINGKAT PERTAMA : NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud : ”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air ya

FAHAMI CEMBURU ISTERI

Imej
Kebanyakan lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walauapapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu. Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan. Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif. Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai

4 RAHSIA CIUMAN PEMBANGKIT GHAIRAH

Imej
Satu ciuman sememangnya penting dalam diari hidup seorang wanita. Bahkan anda sendiri tentu suka, jika pasangan anda tahu menggunakan mulutnya, bukan sekadar berkomunikasi malah melakukan aktiviti lain, namun jangan fokus pada bahagian bibir sahaja, sudah tentu akan membosankan kerana ada 4 lagi bahagian tubuh yang mampu membangkitkan rasa sayang, jika dipraktikkan. Sendi Bahagian siku dan bahagian dalam lutut sebenarnya memiliki kulit lebih sensitif. Malah ia tempat paling sempurna untuk dicium. Cubalah gosokkan bibir anda dengan lembut dan tahanlah beberapa saat disitu. Tangan Mencium bahagian belakang telapak tangan seorang wanita sudah lumrah. Pun begitu bahagian telapak tangan dan jari juga memerlukan perhatian untuk mendapat sentuhan tersendiri dari bibir anda. Leher Leher wanita, semestinya menjadi tempat persinggahan kerana ia merupakan bahagian tubuh yang paling sensitif untuk dicium yang boleh membangkitkan ghairah. Mesti tegak bulu roma. Telinga Ciuman dibahagian telinga

SENAMAN ASAS KESIHATAN

Imej
Senaman adalah antara komponen terpenting cara hidup yang sihat. Di zaman moden yang serba canggih ini, aktiviti harian kurang melibatkan aktiviti fizikal dan tidak menggunakan tenaga yang banyak, senaman merupakan aspek penting dalam menjamin kesihatan malah penglibatan seisi keluarga dalam membudayakan senaman akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya berusia 35 tahun ke atas, mempunyai sebarang jenis penyakit dan jarang bersenam. Faedah-faedah senaman: - Menjadi cergas - Mengawal berat badan - Membina stamina dan kekuatan - Menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan - Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah - Menguatkan otot, tulang dan sendi - Memperbaiki postur badan - Mengurangkan tekanan mental - Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis dikalangan wanita monopos - Meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan Senaman bersama keluarga adalah menyeronokkan. Pelbagai jenis senaman, permainan dan su

76 TIPS MEMENANGI HATI WANITA

Imej
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia. 2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. 3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya. 4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda. 5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari. 6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. 7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat. 8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. 9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya. 10. Akui perasaannya bila dia merasa marah. 11.