Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

RAHSIA FADHILAT SURAH YASSIN

Imej
Berikut ini disenaraikan fadhilat dan kelebihan-kelebihan Surah Yaasin…Semoga kita semua dapat amal insyaAllah. Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri Rahsia Kelebihan Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Rahsia Kelebihan Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat. Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak. Rahsia Kelebihan Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut. Rahsia Kelebihan Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). Rahsia Kelebihan Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya:

15 NASIHAT UNTUK WANITA

Imej
1. Terlalu lama berdiri Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah. 2. Terlalu lama duduk Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur 3. Terlalu lama berjalan Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya 4. Terlalu lama melihat Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan 5. Terlalu banyak tidur Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan. 6. Terlalu riang/gembira Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina. 7. Terlalu kerap marah Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. 8. Terlalu banayk berfikir Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas. 9. Terlalu banyak bersedih Merosakkan jantung. 10. Terla

TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT

Imej
Bersarapan Dengan Yogurt Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit. Jangan Gelojoh Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit. Kurangkan Garam Pengambilan garam yang banyak didalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan. Minum Air Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengam

10 PERKARA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA TERHADAP WANITA

Imej
DISUKAI • Pandai dalam mengenakan pakaian.(pandai melaram tak apa...ok je bagi orang lelaki) • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya.(tak jemu mata memandang gitu) • Tak mudah naik angin!(ni pantang!!!...hehe) • Perempuan yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya. • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira.(ni wajib ada) • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat.(jangan jadi kayu ja...share la sikit dengan lelaki) • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut!(jangan memperkecilkan kejantanan lelaki...nantt dia cari bomoh...hehe) • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal. • Tak terlalu seksi dalam berpakaian.(islam kan tak suka...orang lalaki pun sama la...x suka jugak) • Pandai memasak. (takkan nak makan kedai je kan...so belajar masak) TIDAK DISUKAI • Perempuan yang suka mengumpat!(ish...sikap ni patut elak...Islam pun tak suka) • Perempuan yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki. • Perempuan

PEMAKAIAN TUDUNG WANITA ISLAM

Imej
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Jika dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di

10 SITUASI LELAKI YANG HARUS WANITA FAHAMI LELAKI..

Imej
1. Bila si dia sibuk…….. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah. 2. Bila si dia ego……. Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 3. Bila si dia romantik…….. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama. 4. Bila si dia panas baran…….. Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda. 5. Bila si dia penat……. Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan. 6. Bila si dia pentingkan diri sendiri………

KASUT KULIT BABI

Imej
Cara nak tengok dan kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah : 1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenal pasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan beli. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ; 3 bintik kulit babi 2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain. 3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 4. Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini palin

CIRI-CIRI LELAKI TULIN

Imej
Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki. Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga. Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita. Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri. Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya. Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji. Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung. Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. Lelaki yan

HATI SEORANG WANITA

Imej
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. 2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. 3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. 4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. 5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah. 6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. 7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum. 8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup meno

RAHSIA JUMAAT

Imej
Oleh : Kapt Hapidi bin Hussin Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad S.A.W. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T. pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat. Amalan Sunat Hari Jumaat Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah S.A.W.: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah

TIPS MENGENALI ORANG BERBOHONG

Imej
Berapa kerap anda perasan bahawa tiba-tiba teman lelaki atau pasangan membohingi anda? ada sahaja alasan yang diberikan hingga anda merasakan ada sesuatu yang diselindungkan. Itu jika anda mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia memang sedang berbohong. Tetapi bagaimana pula jika si diasedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia sedang berbohong dan anda terus-terusan mempercayainya. Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil la

SOY KOLLAGEN DAN VITAMIN C BANTU KULIT TEGANG

Imej
Soy Collagen + Vitamin C sesuai untuk golongan berusian 30-an. Kulit lesu, kering dan tiada tanda keanjalan pada wajah menunjukkan berkurangnya penghasilan semula jadi kolagen. Seiring peningkatan usia terutama mereka yang menjangkau usia 30-an, otot semakin lemah, tulang kehilangan kalsium bahkan penuaan mengisi tempatnya. Kepentingan kologen amat ketara kerana ia terdapat diseluruh badan termasuk kulit, otot dan tulang sehingga ada yang menyifatkannya sebagai "batu-bata" yang menjadi asas kulit, otot, tulang serta rangka yang sihat. Orang asia amat mementingkan struktur kulit putih, cantik dan menarik. Pemutih turut menjadi elemen penting dalam penghasilan produk. Cuaca yang agak panas juga membuatkan kita sering memikirkan produk yang mampu menjadikan kulit kekal putih. Selain itu, ia menitik beratkan soal pengurangan kedut pada kulit, oleh itu amalan berterusan dengan meminum kolagen soya akan membantu mengurangkan garis halus yang menghiasi muka, mata, leher dan tempat t

RAHSIA SENYUM

Imej
Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan di

INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN???

Imej
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah” (H. R. Muslim) Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin. Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah. 1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah ma

KONSEP RUMAH TERBUKA

Imej
KITA baru saja sempurna mengerjakan sebulan puasa pada Ramadan dan Aidilfitri sudah pun disambut kini. Kelihatan perayaan ini begitu meriah diraikan segenap masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur dan tempat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam. Tiada salahnya orang bukan Islam ingin memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri ini dengan syarat ia tidak melanggar batasan ditetapkan hukum syarak. Keunikan rakyat Malaysia ini sukar dicari di negara lain. Umat Islam juga akan menganjurkan rumah terbuka selepas ini dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan sebagainya. Tentu ramai akan keletihan mengunjungi rumah terbuka yang kadangkala mencecah 10 buah rumah yang mesti dikunjungi pada satu hari. Mengadakan rumah terbuka sudah menjadi budaya masyarakat Melayu Malaysia seolah-olah perayaan tidak akan lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka. Jika diperhatikan perubahan budaya ini terutama di bandar, suatu ketika dulu tetamu sama ada saudara atau rakan taulan datang tanpa mengira adanya ja

CERMIN HIASAN CERIAKAN RUMAH

Imej
MELANGKAH masuk ke ruang atau sudut kediaman berlatarkan cermin hiasan memberikan pelbagai persepsi berbeza mengenai konsep penataan yang diketengahkan. Dahulu, cermin hiasan hanya digunakan untuk melihat wajah dan bersolek, tetapi kini fungsi cermin lebih kepada melengkapi keunikan ruang atau sudut kediaman. Ramai melihat keunikan cermin hiasan sebagai elemen dekorasi hiasan dalaman terpenting dalam menginspirasikan ruang atau sudut pelbagai dimensi. Penataan ruang atau sudut kediaman lebih menyeluruh jika elemen cermin hiasan digunakan sepenuhnya bagi menyerlah konsep atau tema pilihan pemiliknya. Ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan bilik mandi ternyata mempamerkan kelainan jika ada elemen cermin hiasan. Keindahan ruang tamu berlatarkan susun atur perabot, fabrik langsir pilihan dan aksesori perhiasan menarik menjadi satu dimensi jika cermin diletakkan pada dinding ruang berkenaan. Keharmonian dan keceriaan dalam meraikan tetamu dan keluarga sambil menikmati sajian lebih bermakn

TIPS UNTUK ISTERI

Imej
"Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapatkah anda menjadi, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah. Elakkan Dahulu Janganlah anda fikir dengan tanpa seurat pun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda. Urai Rambutmu Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman

TENTANG BILIK AIR

Imej
Bilik air merupakan suatu ruang yang amat penting. Ia menyediakan kemudahan untuk kita membersihkan diri. Ia merupakan ruang peribadi dan perlu direka untuk keselesaan dan ketenangan. Sebagaimana ruang-ruang yang lain, rupa bentuk bilik air berbeza selaras dengan kemampuan dan citarasa pemiliknya. Biar bagaimana keadaannya, ia tetap suatu ruang yang memerlukan perancangan teliti lagi mendalam. Bagi keluarga yang besar, pastikan rumah anda mempunyai bilangan bilik air sepadan dengan bilangan orang yang mendiaminya bagi mengelakkan perbarisan panjang waktu pagi di samping mengurangkan kadar kerosakan. Jika ruang bilik air anda cukup luas, pasang sekatan untuk ruang mandi dan tandas. Namun jika anda mempunyai ruang bilik air yang kecil, pastikan sekurang-kurangnya anda memiliki pancuran mandi, sinki membasuh, mangkuk tandas serta lain-lain kemudahan untuk menyimpan pelbagai keperluan pembersihan dan higenik anda. Anda boleh menggunakan tab mandi jika mahu dan mempunyai ruang lebih. Jika d

ADAM DAN HAWA

Imej
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:- Lelaki 1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ! 3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ! 4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan iste

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN

Imej
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang… - Kuat agamanya Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah S.A.W. menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda. - Baik akhlaknya Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia. - Tegas mempertahankan maruah Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia ju

KAEDAH MEMAKAI CINCIN DALAM ISLAM

Imej
Bertepatan dengan kandungan antara Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali K.W. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari: 1. jari manis 2. jari kelingking (anak jari) Jangan memakai pada jari: 1. Jari tengah 2. Jari telunjuk Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut A.S. . Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Nabi Muhammad S.A.W. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi dapatlah kita pahala. Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan dan jika ia mahu dijari kec

RAHSIA PUNGGUNG, YANG MANA SATU ANDA?

Imej
Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda?? 1. Seimbang Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil. 2. Bulat Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk. 3. Tinggi Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempu