Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

KHASIAT AIR KELAPA

Imej
AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya buah kelapa memiliki banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat. Hasil kajian mendapati kelapa mempunyai banyak faedah terutamanya apabila diproses dan diolah dengan betul dan baik. Selain diminum, air kelapa juga boleh diproses sebagai nata de coco, ais krim, dan minuman kesihatan (energy drink). Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa. Jika di Filipina, air kelapa diproses untuk pembuatan minuman, jelly, alkohol, cuka, dan nata de coco. Manakala di negara kita air kelapa digunakan untuk minuman (air kelapa muda) dan bahan asas pembuatan produk nata de coco. Lebih istimewanya air kelapa juga boleh dimanfaatkan untuk

PETUA JADI WANITA SEMPURNA

Imej
HAKIKATNYA, apakah lelaki berbangga memiliki seorang wanita yang jelita? Sebagai wanita, kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki. Petua berikut mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna di mata lelaki: - Sentiasa tersenyum dan jangan sombong apabila berinteraksi dengan mereka. - Berperwatakan menarik dan lemah lembut. - Jujur dan sentiasa merendah diri. - Lakukan apa yang dia suka. - Pandai menarik minat lelaki. - Jangan terlalu mengongkong. - Ketika berinteraksi, gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. - Jaga cara penampilan atau pemakaian anda. - Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang anda minati untuk ‘perancangan’ pertama memikat dirinya. - Lelaki sukakan wanita yang suka berterus-terang. - Apabila berbual, renung matanya dan tunjukkan sifat humor. Ini bagi memberitahu si dia anda boleh didekati tetapi bukan perempua

PUASA ENAM BULAN SYAWAL

Imej
Sesungguhnya puasa enam hari pada Syawal amat besar ganjaran ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadis :- “Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun.” (HR – Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah). Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun. Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari. SUBHANALLAH !! Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan p

10 KELEBIHAN SEKS UNTUK KESIHATAN

Imej
Berikut 10 kelebihan seks untuk kesihatan: 1. Menjadikan awet muda. Menurut penelitian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu terlihat empat hingga tujuh tahun lebih muda. Ini karana seks merupakan bentuk senaman yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti akan banyak oksigen yang terlihat di seluruh tubuh yang dibawa darah dan nutrisi pada permukaan kulit. 2. Membuat tubuh menjadi fit. Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan juga senaman otot-otot secara menyeluruh. 3. Meningkatkan mood. Ketika seorang wanita mencapai orgasme, mereka mengeluarkan suatu hormon seks yang disebut oxytocin yang diproduksi oleh bahagian dasar otak yang dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kehangatan dan membantu merapatkan hubungan dengan pasangan. 4. Menjaga Anda tetap langsing. Hubungan seksual meningkatkan tingkat insulin-seperti faktor pe

HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG

Imej
Kemudahan hutang Hutang secara asasnya bukan sesuatu yang buruk. Ia dibenarkan oleh agama dan merupakan kemudahan untuk menangguhkan bayaran pada satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua pembeli dan penjual. Sejarah hutang berkembang-pesat seiring dengan penubuhan bank. Bank (konvensional mahupun Islam) hidup dengan memberi hutang. Selain pelaburan, pendapatan besar bank ialah dari pembayaran balik pinjaman beserta faedah @ buka a.k.a riba. Hutang dan riba Hutang menjadi masalah apabila bercampur dengan riba. Riba ialah penambahan bayaran dari jumlah pokok yang dipinjam. Walau apa definisi atau istilah yang digunakan, selagi mana ia menjadi penambahan berkadaran dengan jumlah hutang, maka ia dianggap riba. Riba, walaupun sedikit diancam keras dan tegas oleh Allah dalam kitabnya. Riba diharamkan bukan sahaja dalam Islam, bahkan dalam 2 agama samawi yang lain yakni Yahudi dan Kristian. Hidup tanpa hutang Perubahan gaya hidup menyebabkan manusia sukar bebas dari hutang. Hampir semua benda

MENGENALI DIRI PASANGAN WANITA MELALUI CARA JALAN

Imej
Serasi adalah satu perkataan yang sering menjadi perkara penting kepada sesuatu perhubungan. Apabila anda memahami dan mengetahui personaliti pasangan anda, pasti lebih mudah mewujudkan keserasian. Seperti sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup. Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian. Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu. Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, bercakap, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan. Penerangan mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri dihati mereka. Berginjat Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak ju

8 PETUA USTAZAH SITI NURBAHYAH

Imej
1) 'Puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2) 'Peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3) 'Penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4) ‘Perhatian’ mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 5) 'Persefahaman’ amat penting, bagi suami isteri dalam melayari rumah tangga. 6) 'Pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 7) 'Percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin

MASALAH TIDUR

Imej
Pengenalan Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk: - Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur - Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam - Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain. - Penyalahgunaan dadah dan alkohol - Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang Tanda-tanda dan gejala - Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia) - Tidur yang terlalu sedikit (insomnia) - Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya. Kesan d

8 RAHSIA SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

Imej
Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. 1. Keanak-anakkan Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. 2. Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya

WALAUPUN SETEGUK AIR, BERSAHUR PELIHARA KESIHATAN

Imej
BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi. Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dil

TIPS MENJAGA BIBIR

Imej
Kulit bibir tidak terlepas dari bahaya UV. Kalau sudah terlalu lama terdedah dengan sinaran, tidak mustahil kulit bibir akan pecah, kering dan berdarah. Sebaiknya sapukan balm bibir yang mengandungi aksi penghalang sinaran UV. Dengan ini, pH bibir tetap selamat walaupun anda berada dibawah terik mentari. Rasanya anda tahu perkara ini. Perbuatan membasahkan bibir dengan air liur adalah salah. Air liur yang kering dibibir sebenarnya akan mengeringkan lagi pelembap semula jadi di bibir anda. Hasilnya bibir yang lembap hanya seketika. Sudahnya, ia akan menjadi pucat dan bertambah kering. • Jika bibir anda mengalami alahan, gunakan krim bibir sebelum menyapu gincu. "vaseline" adalah antara produk yang diyakini. Kekerapan bergincu biasanya mudah membuatkan bibir anda cepat kering dan hilang lembapan semulajadinya. • Bibir juga memerlukan vitamin yang cukup untuk memastikannya kekal sihat. Oleh itu,banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat terutamanya buah dan sayur. • Jika bibir

SUSU TERAPI MINDA

Imej
Anda cepat marah dan berasa jiwa tidak tenang? sudah puas mencuba pelbagai petua serta menghabiskan ribuan ringgit untuk mengatasinya? Mengapa tidak mencuba satu cara murah dan enak. Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu. Selain susu apa saja makanan yang kaya kalsium berupaya menenangkan jiwa. Ada banyak faktor menyebabkan seseorang cepat marah. Makanan mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk meredakan kemarahan, tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak. Sudah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenangkan jiwa. Malah kajian mendapati antara faktor penyebab kemarahan ialah kekurangan kalsium. • Perhatikan bayi selepas minum susu mudah tidur lena. Begitu juga orang yang menghadapi masalah tidur, antara petuanya minum susu supaya mudah mengantuk. • wanita sedang haid sering dikatakan mudah marah, keadaan ini berlaku kerana ketika itu keperluan kalsium meningkat tetapi tidak dipenuhi. • Ke

KOMBINASI WARNA GAYA BARU UNTUK KEDIAMAN

Imej
Ada masanya anda berasakan hiasan bilik terlalu 'sempurna' dan memerlukan sedikit sentuhan yang agak berlainan yang menyentuh impian dan fantasi. Inspirasi bagi warna-warna rumah tahun ini datangnya daripada alam semula jadi yang cantik dan ceria seterusnya menikmati warna moden dengan titipan elemen hitam dan tekstur putih. Tema hitam dan putih memang sesuai untuk hampir semua ruang dan mudah disemarakkan lagi dengan warna-warna terang seperti merah, biru, hijau ataupun jingga. Serlahan Etnik Berkemungkinan iaitu aliran yang sering menjadi bahan bualan ramai seperti warna-warna yang lahir daripada inspirasi percutian. Sesetengah pemilik rumah kini menginginkan sesuatu kelainan kerana sudah berasa bosan dengan warna-warna cerah. Oleh itu, mereka lebih cenderung memilih warna yang lebih gelap yang mengingatkan mereka pada destinasi nun jauh lagi eksotik. Mengambil inspirasi daripada tona-tona batu permata indah dari Timur atau warna-warna yang menyerlah dari pasar harian Asia at

AMALKAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK

Imej
Kongsi Perasaan Anda Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan Kenapa seseorang memendamkan perasaan • Malu • Takut menjadi bebanan kepada orang lain • Terlalu peribadi untuk dibincang • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya • Bimbang akan reaksi orang lain • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja Bagaimana mengendalikan perasaan anda • Ketahui perasaan anda • Luahkan perasaan anda • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan • Merasa lega • Mengurangkan tekanan

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Imej
Pagar Pertama (1) Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat al Bukhari.) Pagar Kedua (2) Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. M

PANDUAN MEMILIH BEG TANGAN

Imej
Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bukan saja akan menjadi bahan bualan orang malah menjadikan penampilan kita serba tidak kena. Berikut adalah panduan memilih beg tangan yang sesuai untuk anda. 1. Beg tangan kecil dan perhiasan berkilat, sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang elegan. 2. Jenis clutch atau kepit cantik dan manis untuk gaya malam yang ringkas tetapi sesuai juga untuk siang hari jika ia tidak berkilat dan saiznya sederhana besar. 3. Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas. Jangan pilih yang beropol-ropol atau terlalu banyak kocek atau hiasan atau logo besi yang besar kerana ia membuatkan penampilan berserabut dan tidak kemas. 4. Jika anda gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas, simpan dokumen penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit atau brief. Ini bukan sahaja membuat anda nampak