Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

BINGKISAN TULUS DARI ADAM UNTUK HAWA......

Imej
Hawaku...Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akalku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunai sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di balik seseorang lelaki, berdiri seorang wanita. Hawaku...Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya mengalukan Kalamullah, agar dapat aku memandu ke syurga Al-Jannah. Sedarkan aku agar aku mengejar keredhaan Ar-Rahman, agar hidupku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan doa bacaanku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu. Hawaku...Aku suk