Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Anak....................

Imej
Siapalah kita jika bukan dilahirkan sebagai anak, dan ia juga permulaan dalam kehidupan sebelum menjadi remaja, ibu bapa, datuk nenek serta sebagainya sebelum bergelar 'arwah'. Tidak semua insan mempunyai nasib yang sama terutama sekali untuk mendapatkan anak, walaupun pasangan yang normal, sihat mahupun berduit ia tak menjaminkan untuk kita memperolehi anak kerana ketentuan-Nya jua lebih berkuasa memberikan rezeki kepada yang dikehendaki. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, apabila berita pembuangan bayi didalam negara kita, dalam hati pasti berkata " mengapa tidak dikurniakan anak itu kepada yang sangat menginginkannya". Apa yang hendak dikata, kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Namun berbeza pengalamannya bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, setiap detik, waktu dan masa hanya perkembangan anak pasti dinanti-nantikan. Umpama pepatah "dari telapak kaki sebesar dua jari" anak sentiasa membesar, dari senyum, ketawa, meniarap, menyelar, memap

HARGAI DIRI SENDIRI

Imej
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit Dan bermacam-macam perkara lagi. Kita tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan kita, kita tetap unik dan tanpa kita alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu dan ini, mempertikai itu dan ini. kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika kita sangka kita buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Kita sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memu

Penghayatan Rumahku Syurgaku

Imej
"Hubungan suami isteri umpama menanam sepohon pokok,andainya selalu disiram dan dibaja ia akan sentiasa subur, andainya sentiasa dibelai ia akan terus berbunga dan mekar...Namun kadangkala kita terlupa atau tanpa sedar meminggirkannya maka akan layulah si bunga .Begitu juga dengan kehidupan suami isteri kadangkala pasangan tidak sedar bahawa kita mendambakan kasih sayang dan belaian kerana disitulah dia memperolehi kekuatan dan ketenangan didalam melayari bahtera impian". Kekeluargaan adalah satu intitusi yang terpenting sekali dalam menentukan qualiti ummah. Cabaran hidup masa lampau, masakini dan yang akan datang mempunyai perbezaan yang amat jauh dan cara menanganinya juga mempunyai pendekatan yang berlainan bersesuaian dengan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini. Konsep kepada rumahku syurgaku ini diantaranya adalah : Mawaddah - Jalinan perasaan kasih sayang,kemesraan dan keharmonian Rahmah - Belas kasihan Keten

Salam Tahun Baru

Imej
Saat berganti minit, Jam berganti hari, minggu berganti bulan, maka hari ini berubahlah tahun 2009. Diawal-awal tahun ini pasti ramai yang memasang angan, berazam ataupun merancang, apa pun niat jika ia mendatangkan kebaikan tak salah untuk diteruskan. Namun padaku, aku tak perlu berazam hanya niat dalam hati yang tak perlu aku luahkan, tak perlu dihebahkan kepada semua tetapi pada masa yang sama aku akan cuba berusaha menjadi yang terbaik, berusaha sebaik mungkin, menjadi lebih baik, untuk diri sendiri, kerjaya dan keluarga. Padaku apapun keadaan,halangan mahupun keperitan adalah dugaan dari-Nya jua, apa yang pasti dimana aku berada, selagi aku masih bernafaz, kehidupan perlu diteruskan. Kerana nyawa yang tuhan berikan bukan untuk dipersia-siakan. Penutup kata luahan hati berbicara teringin sekali aku mengucapkan kepada semua teman taulan "SELAMAT TAHUN BARU 2009" semoga bergembira dan berbahagia selalu.