Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

WASIAT DAN AJARAN YANG BAIK KEPADA WANITA

Imej
"Daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi SAW baginda telah bersabda ;"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya, berilah nasihat kepada perempuan-perempuan wasiat yang baik-baik, sesungguhnya mereka itu dijadikan daripada tulang rusuk (sesunguhnya tulang rusuk itu bengkok dibahagian atasnya) Jika engkau cuba meluruskannya engkau memecahkannya dan jika engkau tinggalkannya sentiasalah ia bengkok, oleh itu berilah nasihat dan wasiat yang baik kepada perempuan".(Riwayat al Bukhari ) Sahabat, Didalam hadits ini Baginda Rasulullah menyeru kepada orang yang beriman supaya menjaga hak jirannya. Diantara hak-hak jiran itu ialah tidak menyakiti hati mereka, menziarahi ketika sakit dan lain lain lagi. Jiran merupakan orang yang paling rapat hubunganya dengan kita sama ada mereka muslim atau sebaliknya. Mereka merupakan pengganti kepada sudara senasab kita. Oleh yang demikian jiran adalah orang yang lebih utama menjadi rujukan dalam se

TEMUDUGA KERJA ,CEPAT!!!!!!

Temuduga Tertutup Sila Hubungi 24434 bertempat di alam kubur KELAYAKAN 1) anda tidak perlu membawa sijil sijil atau yg sama waktu dgn nya 2)anda tidak perlu membawa segala harta, pingat,dan darjah kebesaran 3)anda tidak perlu pakai kot@kemeja cuma kain putih. 4) anda cuma perlu membawa amal dan iman bersama. 7 SOALAN UTAMA AKAN D TANYA 1) siapakah tuhan kamu? 2)siapakah nabi kamu? 3)apakah ugama kamu. 4)apakah kiblat kamu? 5)siapakah saudara-saudara kamu? 6) apakah pegangan iktikat kamu? 7) dan apakah kalimah yg kamu bawa bersama sama kamu? tips: masa kamu menjawap hendaklah tenang, jelas dan terang. CARA MEMOHON: .. 1) anda hanya menunggu pangilan ilahi yg pasti akan jemput anda cepat atau lambat sahaja... 2) carilah mana mana pembunuh utk hantar anda ke sana. KEPUTUSAN JURI HAKIM ADALAH MUKTAMAD DAN TIADA TALIAN HAYAT @ YG SAMA WAKTU DENGANNYA. SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? TEPUK DADA TANYA IMAM. SENDIRIK MAU INGAT

ISTIMEWA SEORANG WANITA

"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap- tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk s

KISAH SEDIH UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya send